Pages

Monday 18 November 2013

Untuk ingatan diri sendiri.

Halooww uolls..
Lama dah Iolls tak berupdate kannn.

Eh,mukadimah gedik semacam jak. hewhewhew
Salam berkasih-sayang sekian alam. 
Sangat lama dah blog tidak berupdate. Umpama rumah usang nun jauh di hujung kampung tempat hantu Kak Limah. gitewww. 
Kalo ada sarang labah-labah menghalang pembacaan uolls, tolong-tolong la bersihkan ek. Maklumla, blog tak berpenghuni. hewhewhew

Semester ni makin sibuk. Dah tahun 2 kan. So, assignment pun bapakk punya susah dan perlu komitmen tinggi. Walaupun the facts is always last minute doing the assignment. Ok, iolls is pelik. Kenapa ar suka sangat buat keja last minute. Kalo tak last minute mesti effort nak buat keja haram jadah. Layan korean drama berjam-jam boleh pulak kann. *geleng kepala sambil mgeluh pfuhhh.
Sungguh tak paham.

Dan paling iolls tak pepaham sangat sekarang aku mudah sangat jadi pelupa. Hari ni hari apa pun aku kadang-kadang boleh lupa. Contoh paling dekat, semalam aku tak leh tido tau dok pikiaq esok aku perlu statistic lab ke tak. Malas nak pegi sebab kelas pagi tu dah cancel jadi malas tau turun fakulti semata-mata pegi lab yang hanya sejam. Pikiaq punya pikiaq lepas tu tinggg! mentol muncul atas kepala ingatan dikembalikan esoknya hari selasa wehh. Lab tu rabu. Baru boleh tidur lena. Kenapa eh? Temporal lobe aku tak berfungsi lagi ke ni sampai memory aku jadi tak betul. hewhewhew 




 
 Membuat persembahan sempena Hari Bazaar Kolej Tun Ahmad Zaidi. Tarian bollywood and tarian zapin fusion. Iolls lupa banyak step tauuu. Cis -__-


 Again. Ni time mewakili kolej untuk senamseni sempena Konvo, Unimas. We got third place. Pun ada jugak lupa step. Apa nak jadi -__-


Oh yeah. Yang ni takkannnnn lupa punya. Jumpa Hafiz kat Pullman Hotel, Kuching Ahad haritu. Takleh lupa time tertengok hafiz duduk kat lobi tu tapi musykil gila tak caya tu Hafiz sebab Hafiz kurus bebenor dah. Tapi still macho giteww.


Ini jelah yang mampu update buat masa ni. Penyakit lupa umpama orang tua padahal umur masih 20. Weheee. saja mention umur. 

Uolls, feel free to follow me on twitter (@rainnylicious) and my instragram (rainnylicious).

Chalobete. ^_^

Wednesday 2 October 2013

Etude House Drawing Show Creamy Liner.

Halowwwww~
Saudala saudali cikebomm cikebomm!
(versi Johan dalam lawak ke der 1)

Sapa kat sini gegurl? angkat tangan angkat tangan!

Sapa gegurl yang tak suka make-up?

Awak?!

Betul ni awak?!

Serius?!

Tak tipu?!

Kebarangkalian gegurl tak suka make-up ni amatla kecik. Mungkin betul gegurl tu tak suka make-up but some gegurl tu dia pakai jugak simple make-up. Press powder mungkin? Kann.

Dan saya adalah gegurl yang teramat suka kepada make-up ! !
Awak pun?!

Yay! Kita geng !! High five.. !

Tetapi saya suka simple make-up for everyday. Turun kelas terutamanya. Sebab muka saya without make-up nampak pucat dan macam tak cukup tidur. =.=''

Ada tiga benda yang wajib saya pakai untuk everyday make-up saya. BB Cream, Press Powder, and Eyeliner ! 
Itu ja pun. Hihi. Simple kan.

Dan ini saya nak share eyeliner yang guna.

Etude House Drawing Show Creamy Liner


sumber : google.


Nah, size dia kecik je pun. Mudah nak bawa pi mana-mana. Tapi, kecik-kecik pun boleh pakai sampai berbulan-bulan tau. Kalo tak silap saya beli ni awal bulan Mac macam tu. Sekarang masih lebih dari separuh tinggal padahal saya pakai hari-hari tau. Save disitu!

 

 Spot the differences! Sebelah pakai, sebelah tak.

 

 


Nampak tak perbezaan? Heeeeee. Ke aku syok sendiri ni? =.=''






Gambar atas tu tadi propa jak. Tak pernah pakai eyeliner tebal camtu pi kelas. Self-confidence belum cukup untuk pakai eyeliner tebal pi kelas. Mihmihmih.

Two last picture ni baru boleh dipercayai. Macam ni je lah saya pakai eyeliner pi kelas. Simple and nice.

Eyeliner EH ni memang best. Senang nak pakai. Actually dia dijual dengan brush dia sekali. Lupa nak ambik gambar. Then yang paling penting waterproof!

Tutorial gel eyeliner favourite saya : Ailyl Rozanna (click here )
Cara jaga gel eyeliner terbaikkk : Cik Siti Datin Markonah. kihkihkih. (click here)

Info: Kat Kuching, Etude House ada kat The Spring.

Chalobete!

Tuesday 10 September 2013

Memunasabah diri si senior ni.

Hye uolls. Bersama saya Rainny B dalam segmen memunasabah diri. Huahuahuahua.

Hari ketiga dah untuk sem 3. Manusia yang datang kelas pun dah bertambah. Nampaknya dah ada kesedaran untuk kembali ke kampus setelah extend cuti dioarang. My bestie lah salah sorang, Si Fatin. Nah kau, Rain siap mention kat blog. Feymes lah dia pasni. Huahuahua.

So, makin lama makin sesak lah satu UNIMAS. Bak kata lecture aku semalam, pasni bukan kereta ja pandai jammed. Manusia berjalan pun boleh jammed nanti. Dengar kata dalam UNIMAS sekarang ni ada 16k student. Nasib baik U ni besaq giler. Dah la besar, giler lagi tu bak kata lecture bm aku dulu. wakakakaka.

So, hari ni aku just ada satu kelas. Jam 8 pagi sampai 11 pagi. Dah dua hari aku pakai formal bagai sampai diri sendiri pun konpius aku ni senior ke junior. wakakaka. So, hari ni aku plan pakai semi-formal lah kononnya. Sebab kalau kelas hari ni comfirm la tak sampai habis masa. Paling-paling pun jam 9.30 balik dah.

Aku pakai la baju T kolej kesayangan aku. Tapi ni bukan soal semangat aku berkobar-kobar sayang kat kolej. Tu alasan no 2 lah paling-paling. Sebenarnya, baju T kolej tu ja yang masih muat berbanding baju berkolar lain yang aku ada. WARGHHHHH. Pengsan 2874546929 saat.

Then aku pakai la seluar slack aku. Pun ketat-ketat rasa. Nasib baik baju kolej aku tu labuh. Kalau tak mesti bontot aku jadi pujaan ramai. wakakakakka. 18x punya statement. Pastu lak pakai ja sandal brutal aku tu. Brutal sebab setiap masa aku pakai. Ke jamban ke bilik mandi dan juga ke kelas. What a life!

Jadi aku tak pasti la aku ni pakai semi-formal ke memang tak ada label untuk pemakaian aku ni.

Yang membuatkan aku rasa perlu untuk memunasabahkan diri ni time aku jalan balik ke kolej tadi terserempak la dengan budak-budak junior. Aku dengan berpakaian sebegitu sambil menjijit plastik makanan di kanan dan juga pegang botol aik pink di kiri bila lalu di sebelah junior serupa makcik keja cleaner lalu sebelah CEO pulak. WARGHH. Sadis!

Diorang dengan gaya smart pakai baju formal lengan panjang, pakai seluar slack iron begitu kemas dari jauh nampak line-line iron tu, siap pakai neck tie, rambut fesyen K-pop, pakai lagi speck, sambil bawa beg ala-ala beg laptop pastu bawa lagi diorang punya dokumen X-ray tu. Wahhhhh. Macam si engineer nak pegi bentang plan yang diorang lukis untuk dapatkan tender. Gitewww.

Yang gegirl pulak pakai lagi baju formal ropol-ropol, seluar slack pastu pakai kasut formal yang bunyi ketakk-ketukk-ketakk bila jalan. Sebatu dah dapat dengar bunyi kasut. Ingatkan pasukan kawad ke apa. Ada jugak pakai baju kurung. Dah la warna-warni aidilfitri meriah nampak. Aku ingatkan rombongan meminang si Nasmidah tadi. Nak jugak join, nak nengok si Nasmidah yang popularnya mengalahkan Cik Maiza Pink tuuuu.

Harap-harap diaorang maintain gitu la. Bila aku flashback zaman aku junior dulu, alaaaa 2kali5 = 10 jak pun. Tapi umpama harapan hanya impian. Ehh,tagline blog kak Maghia pulakk dah. Lama-lama macam nak pegi masuk tidur pun ada haa pi kelas, Sampai abang Mugen pernah tegur 'Korang macam ni pegi kelas??' Wakakaka. Tapi takda lah kitaorang pakai baju kelawar sambil tempek bedak sejuk di muka. Mihmihmihmih.


Ni lah baju T kolej aku. Gambar sem lepas la ni. Selalu gini lah geng kanak-kanak riang versi kertu pi kelas. Ni kira paling smart la sebab time ni kitaorang ada exam. T-shirt berkolar ja boleh pakai.

Junior-junior mana tau terbaca post ni kan. Akak ni bangga ngan korang. Sedap je mana tengok. Hidup UNIMAS. ehh.

Chalobete!

Friday 6 September 2013

Kampus ku mari..!

Hye korang !
again. Its been a long long long time I did not update my blog kannn. Hampir 3 bulan rasanya. Cuti semester ni I manfaatkan untuk bekerja sebab nak beli laptop baru and you know what? I already got a new one. Weheee!!! Sukeeee angat tauuu.

Dah.Dah. Riak pulak nanti.

Semalam I dah balik dah ke UNIMAS my sayang sayang ni. Tumpang bilik kawan sekejap since belom boleh daftar masuk kolej.

Dan hari ni I dah masuk kolej anddddd I got a single room! Weeheeeeeee!
Seronok seronok. Tapi bilik I sekarang ni agak berhabuk dan barang barang pun tak kemas lagi. Badan I masih sakit angkat beg berat sangat.

So, thats all my short update k. Next time I update bila bilik I dah kemas. Hoho.

Chalobete!


Wednesday 12 June 2013

Gawai. What will comes up on your mind?

Hye korang.
Salam berkasih-sayang. muah, muah, muahh! ^_^
Hey, kemain salam siap bagi kiss bagai.

Actually, ni tengah serabut prepare untuk paper esok. Oh ya, this and next week adalah minggu final exam for Unimas's student. Dan I sendiri dah lepas dua paper. Tinggal 5 paper lagi. Then, cuti semester 3 bulan. Oh, heaven!

Tengah buat revision konon tapi kitew raseww ngantuk angat-angatt. Bahasa pun dah tak betul. Hikhikhik. Susah pulak nak focus. Asyik mengelamun jak. Mengelamun tu ingat Si budak poyoooo. Hmm, exam-exam macam ni I memang akan dilupakan. Lelaki biasalah, bila dah focus on one thing, benda lain mana dia ingat. Bila I text, mesti dia bagitau tengah buat revision. Hish. Ok, merajuk diam-diam. Haha. takpa, dia buat benda baik tu. Pujuk diri sendiri. Haha.

Ok, stop on that story. Nih, I nak cerita sikit on Gawai celebration. Hmm, actually Gawai tahun ni bagi I sangat hambar. Memang I tak rasa pun suasana Gawai. First, disebabkan jauh dari family. Yalah, before this 24hb/25hb macam tu mesti dah cuti sekolah. Dapat lah tolong mama buat biskut, kemas barang, shopping Gawai.. Rasa la jugak kesibukan nak Gawai tu. But, this year I sibuk siapkan segala assignment on that date. Cis. Bikin wa stress.

Second, Gawai tu tak best sebab kami masih dalam mood berkabung lagi. One of our relative dan satu rumah panjang dengan kami telah meninggal 2 month ago kalo tak silap. Jadi, masa Gawai tu mana aktiviti yang boleh untuk tidak dilakukan, like sukaneka, pertandingan.. takda langsung tahun ni.

Gambar pun actually I takda. Langsung takda. Haip. I tak sempat pulak nak mintak kat my daddy and cousin. Sebab haritu ada jugak snap picture sikit. Sikit. Tak sampai 10 pcs kot.

Hmm, so basically untuk entry ni I nak jugak share with readers yang masih tak tahu menahu about Gawai. I banyak kawan seuniversiti yang betul curious about Gawai. I pun pening nak jawab soalan diaorang. Hehehe.
And this is based on my knowledge and experience. Tak semestinya betul jugak. Tapi, apa yang I tahu I kongsi k.
Ni beberapa soalan based on me and my budak poyo conversation. Dia orang Sarawak but he is Malay. Mula-mula I rasa 'ehh, Sarawakian pun lu tak tau about Gawai??' but then I said ' Ok, he never celebrate Gawai, forgive him'. Haha. So, kalau yang Sarawakian pun tak tau about this, apatah lagi bukan Sarawakian kan? Ok, lets rock with all the question I get from him first. Lucuu.

Q : Ada angpow sik?
A: Takda. Gawai tak macam CNY or Hari Raya kan. Ada angpow and duit raya.

Q: Apa lah bagi ngan tetamu datang umah?
A: Tetamu datang rumah kami bagi makan, bagi minum. Takda specific thing yang perlu dibagi. As I know lah.

Q: Sikda ka kenak paksa minum aik tuak?
A: Tempat saya or rumah panjang saya memaksa others untuk minum adalah salah disisi undang-undang rumah panjang. Yup, sebelum gawai or apa-apa event undang-undang akan dibacakan di hadapan semua orang sebagai peringatan bersama. So, memang takda kes paksa-paksa. Even, ada undang-undang kami mengatakan individu yang bagi others minum tu kena minum dulu sebelum bagi orang lain. Fair and lovely rite? Haha.

Q:Mena kah? Bukan mesti kah tanda hormat tetamu kepada tuan rumah nya?
A: Dulu maybe yes. Tapi sekarang tak. I datang rumah orang pun tak pernah minum tuak. ^_^ So, hormat tuan rumah tu on different way.

Q: Dah ya malam2 ada pemujaan sampe pagi sik tido ya seram kamek.
A: Hah, yang ni bila I ajak dia datang kampung. Tergelak pulak baca. Tahun ni I will turn 20 y/o. Means 20 kali dah I celebrate Gawai. Memang tak pernah lagi I experience ada pemujaan macam Budak ni cakap. Ok, I try cerita kronologi Gawai. On 31st May, pagi memang satu rumah panjang sibuk prepare untuk makanan. Biasanya, pagi tu sesi mengorbankan binatang hidung comel. Haha. Mak-mak pula sibuk kat dapur. Then petangnya kami biasanya ada sukaneka, pertandingan.. just for fun. And excited bila malam datang. Countdown nak sampai detik tepat jam 12 tengah malam. Sementara tu biasanya kami ada majlis penyampaian hadiah, karaoke, BbQ, main bunga api or mercun. Memang meriah sangat.

Tepat jam 12 tengah malam, beberapa tembakan akan dilepaskan ke udara. Gong akan dibunyikan selama seminit tanpa henti. Masa tu juga mercun bomb, mercun yang bising tu dibunyikan. Ada bunga api yang cantek-cantekk..

Masa tu jugak, semua mesti berkumpul di bahagian 'ruai'. Bawa makanan. Then, semua orang boleh pergi dari ruai bilik paling hujung ke hujung yang satu lagi. Haa, nasib baik kitaorang ada 30 bilik. kalo sampai 60? 70? Larat? Haha.

Q: Kamek nang sik berani and sik pernah tido rmh panjang takut hilang palak kamek.
A: Hilang palak maksud budak nih di-headhunter kan. Yang ni lagi I gelak. Haish. Ingat ni zaman jahiliah ke apa. Come on, there is a law kan. Headhunter dah diharamkan. Headhunter tu muncul balik kalo si Sultan Kiram tu betul-betul nak kacau Sarawak seperti yang digembar-gemburkan ! ehh, emo terlebih ni kenapa. He just make a joke rite. Haha.

Q: Gawai tu apa?
A: Based on my own knowledge, Gawai adalah disambut pada 1 Jun kan iaitu tepat jam 12 tgh malam. Bagi kaum Dayak, Jun adalah bulan 1. So Gawai actually a new year celebration. Bulan bagi kaum Dayak ditentukan oleh musim padi. Musim menuai habis pada bulan May iaitu bulan Disember bagi kami. Jadi bulan June adalah bulan January. Hmm, get what I means huh?

Ok, that was some of question keep asking by others about Gawai. A lot of question actually. Pheww. But, I should stop here and continue my revison. Nyaman palak.

My long house. Ni just sebahagian yang dpt snap. Ada lagi sampai hujung. Rumah panjang kami yang belakang tu. Ada 2 tingkat. Rumah yang bersepah depan tu rumah padi atau stor padi. Gegirl baju hitam tepi tu cousin kesayangan saya. Cantik. 

Bye all. 

Friday 7 June 2013

Baby Irine Nadia Marcello

Hye korang.
Salam berkasih sayang semuanya.. ^__^
Eksaited wehh.. Hihi.

Sapa tak kenal ngan blogger comel Irine Marcello ni? Meh, sini I tolong kenalkan. Semua pun tahu Irine dah berkahwin dan tengah pregnant kan. Irine ni pregnant lagi tambah comel. Hihihi.


Irine and her husband. Really adore this couple. Sama cantik sama padan. 

Tadi tetiba nak buka blog Irine then terbaca dia punya facebook kat sidebar tu kann..

Ada info mengatakan Irine selamat melahirkan baby girl pada 6.6.2013
beserta gambar comel Irine junior nih.

Alahai comelnya... ^__^ Mirip muka Irine. Congratulations Irine and her husband. Agak-agak sapa nama Irine junior ni kan?

FSKPM's Dinner.

Hai korang ! ^__^ 
Salam berkasih-sayang semuanya..

Seperti biasa lah kan. Memang jarang sangat-sangat nak update blog. Pheww. Actually, ni pun baru balik dari cuti Gawai. But, so sad. Tak dapat feel Gawai mood sangat bila ingat next week final exam dan next week tu adalah 2 hari lagi. D*mn yo! Final exam ditempek seminggu selepas Gawai. Sampaikan I lambung-lambung dadu bila nak buat decision balik ke tak, balik ke tak. Ok, I tipu. -__-''. I balik petang 30hb dan balik 4hb. 5 hari kat kampung memang rasa tak puas. sangat-sangat tak puas !

Anyways, nanti I akan update about Gawai Celebration okeh?. 

Ni nak cerita about our faculty's dinner. Dinner ni berlangsung pada 18hb May dulu. Masa tu memang masa darurat. Memang dateline untuk assignment. Memang time tengah tak cukup tidur, time eyebag bermaharajalela dan time pimple menjajah muka. Sebab tu dinner ni kami main bedal jak ikut. Last minute planning. Sebenarnya dah ada niat tak ikut pun. Tapi bila ingat balik rugi pulak dah bayar rm60.00 tapi tak ikut kan. 
Oh yeah, disebabkan last minute, nahh kauuu. Jalan kaki dari Kolej TAZ ke DeTAR Putra. 

Seperti biasa, favorite picha comes first. 

Favorite kedua ialah menu malam tu. sedap angat taw! 



 





Masing masing nak buat gwiyomi leteww.

 




Tu jak lah I update. Oh ya, my dress I beli kat Sally Fashion online shopping. Actually I beli dress tu pun special untuk wedding kakak 2hb June haritu. Tapi disebabkan last minute nak ikut dinner, I terpaksa pakai laa dress tu. Tak menyempat cari dress untuk Dinner. So, jangan heran kalo nanti I update wedding kakak pun dress yang sama. -__-.

Chalobete everyone!

Wednesday 8 May 2013

As a promise. Ponggal Night Charity Show!

Hello everyone. Salam berkasih-sayang. ^_^

Pheww. Tiba jugak masa untuk update benda ni. Excited you know!

Actually, decision untuk join Pesta Ponggal ni last minute sebenarnya. Esok event, malam ni I bagi decision nak join. Yahh, I mmg suka last-last minute ni!
Bila dah last minute, I tak sempat pegi buat facial segala bagai tauuu. Poyo disitu, sila abaikan.
Sebenarnya memang rasa nak tak nak sebab my ehem ehem pada hari yang sama ada event olahraga dan sepatutnya I jadi his pom pom girl gitewww. Oh, Cik Maiza Pink baca, komfem muntah hijau di tempat kejadian.

Apa-apa pun, I sanggup letak jawatan jadi his pompom girl dan datang Pesta Ponggal. Jahat tak kitewww? Hihi. So sad, I takda dia cuma masuk final jak. Tapi kalo I ada, cmfirm juara tu.

Okey stop.
Merapu is my kesukaan.

Oh ya, actually I and some of my friend jadi model untuk slot fashion show. Im wearing a traditional saree u know. Alaa, Aishwarya Rai salu pakai tu. macam la orang tak tau. (-__-")

Lets start. *Drum roll please!

 As always. Favourite picha comes first!

Kembar.

My bucuk bucuk mama- Fatin.
Bestie suka ketawa sambil menangis- Amin
Si selalu muntah hijau pakai baju hijau- Cik Maiza Pink.

Again its us. ^_^
Purple one is my bestie yang suka emo lebih lebih bila I mnta pandangan on certain things. Relationship especially. Dia punya empati memang kebabomm. Jessica Peter. 

 


Selca dengan cik Maiza Pink. 

Again. Super beautifull girls Jess and Fatin !

Oh tedahh. Sorang model lelaki sampai tertidur. Sori, Aiman. I tersnap. hohohoho.

  
The ticket.

 
 Table 65.

Souvenir. 

Thats all reader. I penat tulis korang pun penat baca kalo tulis lagi panjang.
This is a great experience for us. Thanks!
Chalobete.

Sunday 5 May 2013

Pheww. my exhausted life update!

Hello everyone. Salam berkasih-sayang. ^__^

Fuyoo, lama gila tak update blog ! Im quite busy right now. Ni pun curi masa yang sepatutnya take a nap. Tapi disebabkan aku ni kalo take a nap tu jawabnya lebih lama dari tidur biasa. (-__-")

Sepanjang minggu lepas aku busy dengan latihan menari. Ada performance sempena Hari Kanser Kanak-Kanak di Dewan Tun Abdul Razak (DeTar Putra), Unimas. 

Latihan pula boleh dikatakan last minute. Sabtu perform, Isnin kami start praktis disebabkan lambat di inform. Isnin tu pula aku tak datang praktis. Kepenatan teramat sangat disebabkan beberapa asignment. Macam ni lah kehidupan student. (-__-). Bila Isnin tak datang, hari seterusnya kenalah struggle. 

Lepas tu, aku busy disebabkan assignment yang bagi aku memang mencabar. Assignment buat sesi kaunseling dgn klien. Sound like petik jari kan? Tapi, Ya Tuhan Kau saja yang mengerti !

Walaupun begitu, ada satu perasaan yang sukar di terjemahkan (ambik kau, bahasa ilmiah aku pakai) bila habis sesi. Nak-nak lagi bila klien bagi good feedback. Klien cakap 'You've done a good job!' pun dah buat aku sangat-sangat teruja. Ase nak buat sesi lagi dan lagi tau !. Hoho.

Dan, malam semalam aku dan beberapa orang kawan akan perform iaitu jadi model untuk fashion show sempena 'Ponggal Night Charity Show'. Memang bajet retis bila show ada-ada jak datang. Rezeki lah bak kata retis-retis. Hoho.

Blog Rain kalo takda gambar memang tak sah kan. And here some picture for u to see..!

 Lepas balik rehearsal untuk perform keesokan hari nya. pheww. penat sangat.
-All the dancers!-

Another picha !

























Left :Make up belum serap lagi tapi tak sabar nak selca. Hoho
Right : With one of dancer and also my bestie, Jess !
  _________________________________________________________________________________

 Life as a counselor ! Before counseling session, selca dulu. Bagi hilang nervous.
Counselor pun nervous tau bila jumpa klien ni. Hihi.

Mihmihmihmih.

Emma Maembong photostat. Hihi. Bestie, Emma.
 __________________________________________________________________________

Bila dah stress begini, mula lah muka tumbuh jerawat. Whiteheads/blackheads mula mejajah muka. Paling tak suka ! Lagi satu, BERAT BADAN NAIK. amaigad !!!
Ini disebabkan bila aku stress, aku mesti makan benda manis manis. Buruk kan perangai.

Keesokkan harinya, Ka-ching!! Baby pimple lahir. Benci I tau. Cis.

Ini satu lagi penyakit berlaku bila aku stress. Mula la jadi pelupa. Hari tu aku tertinggal kunci dalam bilik. Ika try nak pecah masuk bilik aku. Tapi sistem kawalan ternyata sgt ketat. Tak berjaya! Terpaksa tunggu roommate balik.. (T_T)

Nak update jugak ! Ole-ole dari kawan baru balik melancong dari Sabah. Pinky is mine and the blue one is for bestie, Diana. Im so jealous. Nak p Sabah jugak! Anyways, thanks sangat-sangat ! ^_^

Okey readers. Thats all for this time. Untuk fashion show semalam, I akan update on the next entry. Because it was so so so special ! ^_^
Chalobete and thanks for reading !