Pages

Thursday 29 December 2016

Our First Christmas Story.

Hi readers,

Lama dah tak jenguk blog. Rindu pula nak update. Memandangkan next week adalah last week saya intern, jadi azam nak start blogging tu muncul. Yelah, nanti kan saya bakal menganggur jadi apa kata abiskan masa update blog. Heeee.

Saya nak kongsikan memory masa christmas aritu. Actually this is our first christmas bertiga, last year, Rhea masih dalam perut mommy masa christmas and we celebrate at Bintulu that time.

Tahun ini, we decided to celebrate dekat KK memandangkan daddy Rhea dah kerja di sana.

Tema kami memang fully saya laa yang decide. Mulanya saya nak tema colour royal blue. Tertarik dengan colour wedding dress Stacy dulu. Tetapi bila aritu survey dress dengan Fatin, ternampak satu dress colour light blue. Cantik, kain pun sedap dipakai. jadi saya tukar tema kepada colour light blue.

Si daddy Rhea pening dah. Dia cakap why should have many kind of blue. Sebab dia cakap, dia tau dua jenis colour blue. biru muda biru tua. tak pernah tau ada royal blue, navy blue, light blue.
Ni laa beza laki dengan pompuan. saya pun rasa diri ini complicated. ahahaa.

So, 23 Disember saya gerak after office hour ke kampung. Sampai sana around jam 12 tgh malam. naik bas beb. 6 hours.

Pagi tu bangun, terus packing barang Rhea. Pukul 1 petang gerak ke airport Sibu.

Ke airport sibu yang makan masa lebih kurang satu jam. Dihantar oleh bapa and adi kecik saya ni. Rhea sekarang ni pantang betul tengok mommy ni, mesti menangis nak dekat. Ni dia tengok saya depan mata terus meronta taknak dengan datuk.


Masa ni tengah tunggu depan gate nak masuk flight. Flight delay satu jam pula masa ni. Nasib Rhea tak meragam. Rhea ada satu perangai yang taknak pakai stokin, shoes, topi and headband. Tapi mommy dia paksa juga aritu pakaiakan stokin sebab tengah hujan masa ni risau dia kesejukan. cepat-cepat pakaikan pastu alihkan pandangan dia, tepuk laa segala bagai kat sana supaya dia lupakan stokin tu.

25 disember. Awal pagi mommy bangun bagi Rhea makan then mandikan dia. Lepas tu baru turn mommy bersiap. Ni pun mommy bagi segala bagai benda supaya dia tak merengek nak menempel ja kat saya. 

Sampai di church, perkara pertama Rhea buat adalah berak. Jenuh juga laa mommy tukar pampers dia sebab dia jenis tak suka kena sarung dengan pampers juga. lagipun toilet di church takda tempat khas change pampers. kesian pula Rhea masa ni sebab mommy terpaksa berkasar nak cepat and tempat pula tak sesuai.

Mula-mula dia nakal juga, tempat pula sempit and panas sebab of course ramai sangat datang meraikan Christmas Eve. Luckily, dia kemudiannya tidur sampai habis christmas mass.


Sempat snap one picture together.



Muka Rhea baru bangun. Ramai sangat orang, memang pikir nak cepat balik ja masa ni sebab panas boleh tahan jugak. Nasib baik sempat ambil one picture for our memory.


With may eldest sister in law. Suka sangat ambil gambar dia ni. Tukang ambil gambar bapa mentua laa. heheheh.

With my mother in law.

Sedondon kan pak mak mentua saya. hehehe.



My lovely husband.

Masa ni Rhea dengan Anty dia. Mommy kena tapuk tapuk di belakang. Btw, love this picture.

Lepas tu dua kesayangan mommy pengsan. Hehehehe.

26 Disember. Keluar bertiga sebab nak beli amplang and kuih cincin dikirim rakan di opis. Tengok laa, Rhea punya menempel di mommy macam mana. 

Daddy and Rhea bonding time. Main peek-a-boo.

Really love them both.

Thats all my christmas story. Feel so blessed dapat sambut sama-sama dengan my little family. Semoga tahun-tahun akan datang kami sentiasa dapat bersama. Merry Christmas and Happy New Years to all readers.

Next time saya update lagi.






Friday 23 September 2016

Eee, lama nya tak update blog + Atkin diet.

Hi, lama nya tak update blog.

Currently, saya tengah buat internship. Pecutan terakhir sebelum habiskan zaman Degree. Hopefully berjalan dengan lancar. Sekarang memang tengah busy. Sampai pening nak atur masa macam mana. kesian klien kena baling sana sini. kejap tukar hari, kejap pulak tukar masa. Kesiannya.

Dugaan sebab berjauhan dengan anak. Minggu pertama datang sini, memang muka anak saja dalam fikiran. Malam-malam pula menangis rindu nak peluk anak. Sekarang syukur, perasaan tu boleh di kawal. Lagi-lagi sekarang busy.

And currently juga saya tengah dalam proses nak hapuskan perut buncit. haha. Saya lahirkan Rhea dengan kaedah Caesar. So, memang tak berbekung risau luka jadi lembap nanti kuman beranak pinak. So, redha saja laa perut jadi mengeleber. Sekarang just kawal pemakanan, nak exercise pun risau lagi ni sebab luka dalaman jahitan. Bukannya cuma satu jahitan luar sahaja bila kena bedah ni, ada 6 lapisan perut yang dibelah. Seriau betul.

Setakat ni memang saya amalkan diet atkin. Sebab diet atkin dia punya result cepat kalau betul betul disiplin. macam saya takda kira sangat carbohydrate yang diambil. Tapi for now nasi memang tak sentuh langsung.

Perubahan yang ketara bila saya tak makan nasi, tengah hari di office saya tak mengantuk langsung!
Saya ingat lagi Dr Rizal ada post di FB jika nak elakkan mengantuk masa tengah hari elakkan atau kurangkan makan nasi. Logikanya saya lupa macam mana. Its so miracle bagi budak jakun sikit macam saya. Seronok bila sentiasa segar di office.

Jadi apa kita makan bila tak makan nasi tengah hari? Tak lapar ka?

Jawapannya, tak lapar even tak makan nasi. rahsianya, breakfast jangan skip!

tengah hari selalu saya makan di kafe sahaja. Jadi selalu saya makan sayur-sayuran dalam 3 jenis atau dua jenis sayur dan satu daging. Banyak mana? Satu pinggan, so, 2/3 kena sayur at least. Dalam atkins selalu lebihkan sayur hijau sebab sayur hijau low carbohydrate. tapi kalau dah makan di kafe memang menu tu kadang-kadang bukan seperti yang kita inginkan, jadi pandai-pandai kawal. Kalau rasa banyak carbohydrate diambil, petang tu exercise la sikit. Macam saya, jalan kaki pegi balik Unijaya dari BHEP. Turun naik office gunakan tangga. Office saya pula di tingkat dua jadi senang sikit exercise.

Okay, tu jaa la bebel sementara kerja dah siap tadi.

Bye.

Mommy Rhea.