Pages

Tuesday 13 May 2014

Jom buat Air Detox! Sihat dan mudah.

Hello ^__^
Happy Wesak day semua.
Semalam kan habis dari kelas Career Development, panas membahang sangat. Tak tahan. Lepas tu kami singgah jap kat koperasi Cempaka. Nampak air tin dalam freezer. Telan air liur. Best woo kalau time pepanas minum air sejuk-sejuk. Oh Heaven giler. 

Then saya tiba -tiba teringat En Rizal, supervisor untuk praktikum saya tegur my friend dulu. Masa tu kawan saya datang jumpa dia sambil bawa air Mountain Dew. Selamba giler En Rizal cakap cenggini, 'Tahniah sebab meracun otak anda'. Masa tu saya pun ada sekali dalam bilik En Rizal. Bila dia cakap cenggitu I was ' Woww, daebak.' Budak perasan korea memang cenggini. Hehe. Kawan saya tu pun jawab, 'sekali sekala' sambil senggih. Then En Rizal cakap 'Tahniah sebab meracun otak anda sekali sekala'. Sekali lagi I terpana sebab En Rizal begitu direct dan perkataan 'meracun otak anda' tu memang buat kan kena tepat kat dahi. Bukan dahi I. Dahi kawan I tu. Hehe.

Terus tak jadi nak beli air kat koperasi Cempaka tu. Yelah, minuman-minuman yang warna-warni ni kan macam-macam pewarna tambahan digunakan kan. Bahaya. Cuba baca artikel ni.

So, hari ni saya keluar dengan Fatin beli barang. Mentang-mentang cuti. Hehe. Kami keluar pakai moto. Kekadang rempit okay jugak kan. So, panas memang buatkan saya rasa terbakar luar dan dalaman. So, masa-masa cenggini la air yang warna-warni tu mengoda betul. Takkk. I takkan tergoda. Kesian otak kan. So, instead of saya racun otak saya ni, why not buat air yang menyihatkan. *mata bersinar*


Air Detox! 

Jom, kita buat sama-sama.


Bahan-bahan
  • Lemon
  • Daun mint
  • Timun
  • Air gula
Cara penyediaan:
  • Mula-mula saya masukkan gula sedikit. Ikut suka korang nak masukkan gula or not. Lagi bagus kalau tak masukkan sebenarnya. But, for me, I masukkan sesudu gula bagi hilang masam lemon nanti. 
  • Kemudian, letak air panas sedikit untuk hancurkan gula tu.
  • Masukkan lemon yang telah dihiris. I guna two slice ja untuk sekali minum. Tapi kalau nak buat 1 jug guna satu biji lemon dah cukup. 
  • Masukkan hirisan timun. I lebih prefer timun ni hiris kecik-kecik. Tak tau kenapa. Hihi. Ikut suka korang la. 
  • Then, masukkan air sejuk. Untuk minum petang, guna air sejuk. Untuk minum pagi, better guna air suam.
  • Akhir sekali, masukkan daun mint. I guna daun apple mint. Daun mint ni bagi tambah lagi kesegaran kat air lemon. Tak nak pun takpa. 
  • Siap!





 

Mine! Takda perisa tambahan or pewarna tambahan. Sihat kan?
Lepas ni nak buat untuk bawa pergi kelas setiap hari. Takla mudah tergoda nanti. ^___^

Okay, saya nak share dengan kamu semua khasiat air ni.
  • Minuman ini merupakan minuman detoksifikasi atau penyingkiran racun serta toksin daripada tubuh dan melancarkan sistem dalam tubuh.
  • Seperti yang kita tahu, lemon merupakan buah yang mengandungi vitamin C dan boleh membantu mengubah lemak kepada tenaga serta penting untuk peremajaan kulit. Dan jika diamalkan secara konsisten, minuman ini boleh mambantu menurunkan berat badan! 
  • Timun membuatkan kita rasa kenyang dan kurangkan pengambilan makanan.
  • Daun mint membantukan melancarkan penghadaman.

See, banyakkan khasiat minuman ni. Bukan susah pun. 
Selamat mencuba.




Saturday 10 May 2014

Diari Mak

Mengantuk ahh. Tidur. Sebelum tu cakap ngan mak, 'Esok bangunkan saya k Makk.' Pejam mata tidur.
Buku-buku atas meja tak kemas. Kertas bertaburan atas meja juga. 'Takpa, nanti mesti mak kemas'.

Pagi, alarm bunyi. Tutup alarm, tidur balik.
Then, mak bangunkan tepuk-tepuk bontot anak dia ni. 'Ni, bangun. Lewat dah tu. Kenapa bangun lambat ni. Nanti bas sekolah datang. Cepat bangun'. Dah, mak bebel lagi.
'Ish mak ni, bangunkan orang tak yah pegang-pegang bontot'. Bangun pastu mandi.

'Mak, baju sekolah saya mana??' Adik jerit-jerit. Mak cari. Rupanya masih dalam washing machine lagi. Adik lupa sidai semalam. Mak ambik then iron kan biar cepat kering dan hilang kedut.

'Mak, milo saya mana mak?' 
'Buat la sendiri' mak jawab. 'Yelah.'

'Mak, buatkan saya air coffee bawa pegi sekolah'. Adik pula menyampuk.
Mak buatkan adik coffee. Tak adil mak ni. 

'Duit, mak'
'minta kat ayah' mak jawab.
'Mak la cakap kat ayah'
Mak pegi minta kat ayah pastu bagi kat kitaorang.

Bas datang. Tapi hujan kat luar. Mak ambil payung, then payungkan kami berdua sampai masuk dalam bas. 
Bas bergerak. Mak masuk dalam rumah balik.

Sepanjang hari kat sekolah. Penat. Tak sabar nak balik rumah untuk rehat.

Sampai rumah, buka kasut, buka baju sekolah, letak beg. Masuk bilik, ambik handphone. Then baring-baring.
Mak masih sibuk lagi pegi sidai baju kat luar. 
Mak panggil dari luar.
'Pegi mandi, pastu makan,baru la pegi tido'
'Malass la maa..'

Sejam kemudian baru bangun pegi makan.

Habis makan, letak pinggan dalam sinki. Nanti la cuci.

Buka TV. 'Mak, Marimar dah start!'
Mak datang duduk tengok sekali.
Mak kalau tengok TV mesti marah-marah orang dalam TV tu.
'Macam la dorang dengar apa mak cakap'
Pastu mak sengih.

Habis cerita, Mak suruh angkat jemuran.
15 minit kemudian baru pegi ambil pakaian.
Lepas tu lipat sambil berangan.

'Cepat la sikit lipat pakaian tu. Ni tolong mak masak'
'Yelaa'

Adik yang paling kecik bangun. Menangis nangis. 
Mak datang, pujuk adik.

'Cepat simpan pakaian tu, tolong jaga adik'.

'Mak ni, tadi suruh itu, sekarang suruh ini'

Cepat-cepat siapkan lipat dan simpan baju. Ambik adik bawa pegi luar.

Mak masak dan siapkan makan malam.

Masa makan, gelas lupa ambik. Mak angkat pegi ambik.
Nasi habis, mak angkat pegi tambah lagi.

Habis makan, mak suruh cuci pinggan.
Saya pegi cuci. 

Mak pegi mandi.

Siap cuci, pegi buat keja sekolah.
Habis mak mandi, mak tengok dapur tak dibersihkan. Mak membebel lagi.

Tapi mak pegi juga kemaskan.

Habis buat keja sekolah, tidur. Meja berselerak nanti mak kemas.




Begitulah setiap hari. Sekarang dah masuk Universiti, semua kena berdikari. Takda mak bangunkan. Takda mak bebel lagi. Baju 2-3 hari sekali cuci. Hidup busy. 

Ada problem, mak jauh nak baring atas riba mak.

Rindu Mak.

Happy Mother's Day Indai..

Sayau ke nuan selalu.





Friday 9 May 2014

Special 8 Month.

Hello. Salam kasih-sayang. ^___^
 
Saya ni tak biasa sebenarnya nak berjiwang-jiwang.
Lagi-lagi kat blog sebab sometimes saya fikir personal life tak sesuai tempek kat blog. Hehe.
Tapi, kadang-kadang tu ada rasa nak juga tulis sebab nanti-nanti boleh jadi tatapan diri sendiri. Sebab rasanya takda yang baca blog saya ni. Oh,tedah na juak kan. haha.
 
Actually today is 8 month dah relationship between me and my bf. Saya sebenarnya ingat jugak la this date tapi tak ambil berat sangat mungkin bagi saya macam hari-hari biasa jak. Special dia sikit ja lah dari hari-hari biasa tu. Dan actually I thought my bf feel the same. Hehe.
 
So, malam tadi saya tidur awal. Then terbangun jam 5 pagi macam tu saya ada baca msg dari my bf wish me Happy 8 month dalam jam 12 lebih dia send. So baru saya sedar dia ambil berat tu kat that date. Aigoo. Tapi saya terus tidur balik then jam 7 lebih bangun baru saya reply.
 
Lepas tu petang tadi jam 5 macam tu, dia call ajak keluar kejap. Saya dah la belum mandi baru lepas balik dari attend pembentangan case. Tapi dia selamba cakap tak yah mandi, sebab saya memang sentiasa wangi. Haha. Alasan sebab dia taknak tunggu saya lama siap lah tu.
 
So, saya dengan confident la pegi keluar dengan dia ni. First, saya teman dia beli kasut sukan. Esok dia ada pertandingan bola padang. :-)
 
Then, dia ajak pegi makan. Actually saya tak nak makan sebab satu hari ni memang banyak sudah saya makan. Tapi bab-bab paksa makan ni dia memang pro. So, kami makan ABC ja kat Summer Mall Food Court. ABC kat situ sedap. Tak manis and cukup-cukup ja. Maksudnya tak sikit or tak terlalu banyak. Just nice. So, takdala membazir atau rasa tak puas hati kan.
 
Habis makan, my bf nak juga belikan kek Secret Recipe. Saya cakap tak payah pun still dia belikan juga. Btw, dia ni memang degil sikit. Sepadan la kami.Hehe.
 
Then, saya minta temankan nak beli barang kat Guardian. Beli moisturizer, wet tissue and mask.
 
Lepas tu balik. Sebelum balik tu dia singgah lagi dia KFC. Ajak makan juga. Masa tu saya ikut jak la. Kesian, mungkin dia masih lapar lagi atau mungkin dia masih nak spend time dengan saya. Kan special day kan.
 
Habis makan baru kami balik. Sepatutnya kami makan sama-sama tu kek. Tapi dia kena balik cepat. :-(
 
Lepas tu sampai bilik, saya plan dari hari tu nak dedicated lagu ALL OF ME by John Legend kat dia. Sekali cakap kat dia, rupanya dia pun plan benda sama. Dah 3 hari dia praktis main gitar sebab nak nyanyi untuk saya. Maksudnya, dia rakam dia nyanyi then bagi kat saya. Wahh, saya betul-betul tak sangka kami actually plan benda yang sama. Walau pun dia tak sempat nak bagi hari ni, but for me its okay. At least dia dah buat I happy.
 
So lastly, thanks so much syg for today. Hopefully our relationship berkekalan hingga hujung nyawa. Cewahh.
 
 
 
 


Thursday 8 May 2014

Permai Rainforest Resort, Kuching





Hi everyone. Bila jarang update blog, rasa janggal pula dah. Rasa macam ada janggut kat dagu. Hehe.
Dan yang pastinya bila lama tak berupdate, mesti confuse sangat sebab banyak benda nak cerita tapi tak tahu mana satu nak update dulu.
 
And for sure, buat student-student, akhir semester macam ni lah membuatkan 24 jam sehari tu tak cukup. Due date assignment semua dah dekat-dekat. Lagi aktiviti sana-sini yang memerlukan high commitment. Pengsan.
 
So, untuk entri kali ni kan, saya decided untuk kongsi dengan korang pasal Permai Rainforest Resort!
 
Last semester, our lecture which we call Bapak ajak kami bermanja-manja untuk hilangkan stress. Masa tu saya main ikut ja, sebab actually program ni tak wajib. Kalau ikutkan, saya ni memang jenis terperap kat bilik tapi tak tahu kenapa tergerak hati nak join. Chewahh.
 
 
Bayaran yang dikenakan.
 Kami ke sini bukan main pantai semata-mata. Tapi kami akan buat jungle trekking di sekitar kaki Bukit Santubong. First time in my life jungle trekking nih! Saya biasa juga masuk hutan, tapi bukan jungle trekking. So, ecxited tahap maksima.

 Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan kumpulan saya adalah group first yang masuk. Laluan yang kami guna adalah sepanjang 2000m. Lebih kurang dalam 3 jam lebih juga kami habiskan pendakian tu.
 
 
Okay, setiap 100m akan ada tanda begini supaya kita tahu ketinggian keberapa kita dah capai.
 
 
 
 



 
Selain daripada tu, ada juga benda lain yang kami jadikan simbolik kalau ada yang bertanya kedudukan kami dimana. Contohnya, tengah dekat pokok besar, tengah dekat batu besar.
 
Okay, kira-kira satu jam kami berada dalam hutan tu, tiba-tiba hujan lebat turun. Memang adventure masa tu, dengan jalan-jalan licin hujan pulak lebat. Sejuk pun ada. Tapi kami teruskan juga pendakian perlahan-lahan.
 
Dekat pertengahan pendakian 2000m ni, ada air terjun. Weheeee. Bila semua kumpulan sudah berkumpul di tempat sebelum air terjun, hujan pun berhenti.
 
Air terjun. Cantik kan. Masa ni hp tak dapat capture banyak gambar sebab baru lepas hujan kan. Jadi hp blur.

Lepas satu jam mandi manda tu, kami bertolak balik dengan pakaian basah lagi.




Tadaa..sampai! We are the first group arrived here. Pastu on walkie-talkie tu, semua jerit 'kami dah sampai kat 2000m!' ramai-ramai. hehe.
 

My group.

 
 
Ni sebenarnya restoren. Suka tengok sebab ala-ala dalam hutan then decorations dia semua kayu-kayu. Kerusi n meja semua dari bentuk kayu-kayu. Arghh, tak pandai explain. hehe


Ni chalet dia kan sana. Cantik kan. Rasa macam nanti nak honeymoon kat sini. Haha. Sebab tepi dia tu adalah pantai. boleh terjun dari tingkap terus ni.




Habis jungle trekking baru la boleh mandi pantai! Actually, saya taknak mandi sebab tak nak balik nanti basah-basah. Pakaian spare saya dalam bag pun dah basah sebab hujan.



 
Masa ni, dorang main tarik-tarik kawan nak tolak pegi pantai tu yang tergolek sana sini tu. Hehe.
Saya sendiri pun terkena masa tu tapi bukan kes main tarik-tarik ni la. Masa tu kawan saya si N dan Aiman pura-pura nak ambik gambar dengan saya kat tepi pantai tu. Lepas tu pegi tolak saya masuk air. Cis. Sakit pulak hati kita. Then, saya yang first nya tak nak mandi ni, jadi macam orang sakai tak pernah main pantai. Haha. 


Some of panorama kat pantai ni. Cantik kan. Terus rasa macam nak ajak bf pegi sini ni. hehe.
 
 
That's all for now.
See u in my other update.
Chalobete. ^____^