Pages

Friday 23 September 2016

Eee, lama nya tak update blog + Atkin diet.

Hi, lama nya tak update blog.

Currently, saya tengah buat internship. Pecutan terakhir sebelum habiskan zaman Degree. Hopefully berjalan dengan lancar. Sekarang memang tengah busy. Sampai pening nak atur masa macam mana. kesian klien kena baling sana sini. kejap tukar hari, kejap pulak tukar masa. Kesiannya.

Dugaan sebab berjauhan dengan anak. Minggu pertama datang sini, memang muka anak saja dalam fikiran. Malam-malam pula menangis rindu nak peluk anak. Sekarang syukur, perasaan tu boleh di kawal. Lagi-lagi sekarang busy.

And currently juga saya tengah dalam proses nak hapuskan perut buncit. haha. Saya lahirkan Rhea dengan kaedah Caesar. So, memang tak berbekung risau luka jadi lembap nanti kuman beranak pinak. So, redha saja laa perut jadi mengeleber. Sekarang just kawal pemakanan, nak exercise pun risau lagi ni sebab luka dalaman jahitan. Bukannya cuma satu jahitan luar sahaja bila kena bedah ni, ada 6 lapisan perut yang dibelah. Seriau betul.

Setakat ni memang saya amalkan diet atkin. Sebab diet atkin dia punya result cepat kalau betul betul disiplin. macam saya takda kira sangat carbohydrate yang diambil. Tapi for now nasi memang tak sentuh langsung.

Perubahan yang ketara bila saya tak makan nasi, tengah hari di office saya tak mengantuk langsung!
Saya ingat lagi Dr Rizal ada post di FB jika nak elakkan mengantuk masa tengah hari elakkan atau kurangkan makan nasi. Logikanya saya lupa macam mana. Its so miracle bagi budak jakun sikit macam saya. Seronok bila sentiasa segar di office.

Jadi apa kita makan bila tak makan nasi tengah hari? Tak lapar ka?

Jawapannya, tak lapar even tak makan nasi. rahsianya, breakfast jangan skip!

tengah hari selalu saya makan di kafe sahaja. Jadi selalu saya makan sayur-sayuran dalam 3 jenis atau dua jenis sayur dan satu daging. Banyak mana? Satu pinggan, so, 2/3 kena sayur at least. Dalam atkins selalu lebihkan sayur hijau sebab sayur hijau low carbohydrate. tapi kalau dah makan di kafe memang menu tu kadang-kadang bukan seperti yang kita inginkan, jadi pandai-pandai kawal. Kalau rasa banyak carbohydrate diambil, petang tu exercise la sikit. Macam saya, jalan kaki pegi balik Unijaya dari BHEP. Turun naik office gunakan tangga. Office saya pula di tingkat dua jadi senang sikit exercise.

Okay, tu jaa la bebel sementara kerja dah siap tadi.

Bye.

Mommy Rhea.