Pages

Thursday 17 January 2013

Saman sama dia !

Hello korang.
Nah,mood Rain actually tengah tak stabil. Malam karang Rain cite nape emosi sangat ni. Kahkahkah.
ehh,tergelak lak. Rain kena siapkan entry ini as fast as i can sebab jap lagi nak turun main kayak. say it one more time please. Yeah, MAIN KAYAK ! Nape? tak pecaya ehh? sikpa, esok jak kamek ngeso.
Semalam as I said on my previous entry merupakan my last paper for my final exam. oh yeah bebeh. abis dah semester satu daripada 7 semester.



Abis je final exam so I kena prepare for balik lah kan. cuti semester ada lebih kurang 3 week. Memandangkan I balik on 21st January, tak laa booking ticket awal-awal. Jadi, semalam tamat je pukul 4petang baru keluar beli ticket. ticket bus je. Sebab Rain balik kampung kat Sarikei tak balik Bintulu pun. So sedih ni sedih.

Dengan bacaan Doa Kak Dilla, kami pun bertolak dari kampus jam 11.30 cam tu. First destination kami pergi airport sebab one of my friend juga peneman tidur Rain setelah roomate Rain balik seminggu yang lepassss nak tukar tiket flight. Lepas tu pergi terminal bas beli tiket bas untuk me, Ely n N. So,selesai laa urusan-urusan penting then kami pergi la melahap kat food court kat terminal bas tu juga.

Huh.

kemuncak cerita ni.

Lepas tu, Ika dan Jess nak booking kek lapis Sarawak kat Kampung Boyan seberang waterfront. Jadi, lepas satu semester duduk Kuching, no hal tak sesat pun. *angkuh nampak. haha. Tapi, masalahnya tempat parking ! pusing-pusing then kami decide parking depan deret kedai. Nasib baik kereta sewa kami tu ada kupon. SELAMAT.

SELAMAT hakktuiih sangat ler.

Lepas abis projek kek lapis tu, balik laa. Baru nak masuk kereta tiba-tiba nampak ada kertas kuning depan kereta. KERTAS SAMAN youuuu. Saman sebab parking kat tempat tak sepatutnya la. Semua dah gelabah. Rain masa tu okey lagi laa. Tak laa panik sangat. Pasai pa? Pasai Rain tak tahu menahu soal saman ni. Belum ada pengalaman lagi. So,buat selamba laa.

Kak Dilla rasa mahal saman ni. Kalo tak letak kupon yang akak tau puluh-puluh ringgit cenggitu laa.
Tapi ini bukan kesalahan tak letak kupon.

Jangan-jangan sampai rm300 kot. Matilaa kita.

Kalo 300 bagi 6 berapa?

Jap ehh,ambik kalkulator. ehh,korang. rm50 sorang la.

Aku mana ada duit lagi.

Jap ehh,call kawan.

Kawan cakap saman ni rm110.Tapi kalau bayar awal lagi murah.

Akak pernah dulu,saman rm150 tapi dapat kurangkan sampai rm30.

Kalo macam tu okey lagi la. dapat rm5 sorang.

Some of our conversation masa tengah gelabah + panik + takut.
Jadi,disebabkan itu kereta sewa jadi kami harus langsaikan secepat mungkin samann tu. Kalo kereta kawe, toksah pening la. Tahun depan bayar pun takpa janji bayar. Tapi itu kereta orang. Kami dengan tengah mengejar masa disebabkan  masing masing ada meeting kena gak cari polis station yang terdekat. Pusing-pusing jumpa sorang akak polis ngan dua orang abang polis. Jess dah ready dah nak ngorat abang polis tu kot-kot nak kasi diskaun. Hahaha. tak boleh blahh punya. 

So,dengan muka innocent kami pun menemuramah polis-polis.
Dia cakap satu tempat je boleh bayar saman. Kat sebelah The Spring nun. Pastu kami tanya berapa harga saman. Fuhhhh. *tarik nafas dulu. Dia cakap rm150. diulangi. RM150.

Dengan lemah longlai masuk kereta pastu cari tempat bayar saman tu. Jumpa.

Ini laa best part sebenarnya. Part ini laa Rain nak ceritakan sebenarnya. Yang atas ini sebenarnya merapu.  ehh, ter'bold' pulak.

Nak bayar saman?

Ya,kak.

Saman ni rm150.

Tak boleh kurang ke Kak? takda diskaun?

Jap eh.
Kami hanya boleh kurangkan sehingga Rm100 je. Sebab ini pun dah saman terendah.

*semua buat muka sedih.

Tak boleh kurang ke Kak? Sebab kami tadi actually parking sekejap je. Kami bukan orang sini. Jadi kami tak tahu jalan. Kami sesat. bla bla bla bla bla.....

Tak boleh dik. Sebab last kami boleh kurangkan saman adalah Bulan bla bla bla..
*Rain tak ingat.

Okey.
Lepas tu semua keluarkan duit RM17 sorang. Bayar dengan rela hati. ceh.

Okey. Ini laa Rain nak cerita. Rain bangga dengan sistem pemansuhan tawar-menawar harga saman ini. Rain ambik contoh apa yang kawan Rain cakap tadi. Pernah kena saman yang sebenarnya rm150 tapi boleh dikurangkan sehingga rm30. perbezaan rm120 !
Bila sudah begini,siapa nak serik langgar peraturan jalan raya kan? 

Alaa, ko pegi bayar saman tu. Nampak je banyak. Ko datang sana ko dapat diskaun besar punya laa.

Propa je saman rm600 tu. Ko boleh dapat diskaun kaw-kaw punya laa.

Aku langgar lampu isyarat je. Kalo saman pun bukan banyak pun. Beli sp*nder pun tak lepas kot.

Korang tafsir laa sendiri. Apa-apa pun aku bangga la walaupun kena saman sebab at least ini menjadi pengajaran dan benda baru kepada kami. 

Ini cuma pendapat Rain saja. Kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi ! 

Chewah.



Tuesday 15 January 2013

Photosenam.

Hello korang.
Sebagai seorang penghuni Kolej Taz, bangga sesangat melihat penghuni-penghuni yang lainnya rajin turun bersukan sebelah petang. Budak junior ke, budak senior ke, super super senior ke. semua sama-sama g bersukan. Bahagia je tengok. Bahagia sebahagia bila berkahwin dengan lelaki pilihan sendiri. haa,gitewww.
Tapi kann, Rain sumpah tak pernah lagi pegi bersukan sepanjang duduk satu semester dahh. Bukan takda nya budak lagi yang ajak. Tapi malassssss. Jawabnya, lemak-lemak semakin tepu kat badan. Bila orang tegur 'ko nampak gemuk sekarang Rain' nahh, Rain jawab ' Gemuk tu sexy' . SEXY sangat padahal jawapan cover letewww.

Oleh hal yang demikian.
Terjadi laa peristiwa 13 January 2013. Rain and kawan-kawan lain pegi bersenam. BERSENAM. ehh, tak caya ke?

 kepenatan lepas bersenam. Padahal berjalan yang lebih daripada bersenam.

Ini sebenarnya kandid. Tu yang mulut terjuih cenggitu haa. Tapi kan...

Kandid juga. tu yang mata cam terbeliak. Tapi kan...

Ini juga kandid. Tapi kan...
KENAPA BEA SEMA GAMBAR DIA READY?? Bea ni laa yang hairstyles Rain dalam entri lepas. Single lagi. Rain tolong promote ya Bea. hahaha. dua singgit. ehh.

piwittt.

Dalam blog Rain yang dulu,banyak Rain ceritakan sal Tasik Cinta,Unimas ni. 

 Lepak sampai hari senja..

 Satu gambar mana cukup bai.

Dua pun mana cukup.

 Siap request cakap kat N, 'nak lagi nak lagi'. Nampak sangat gila camera. cisss.aku leteww.

Walaupun berjalan lebih banyak dari berjogging, walaupun bergambar lebih banyak dari berjogging. Rain bangga wei sebab at least Rain bakar lemak juga. kalau Rain balik nanti cerita kat atuk nenek pun mereka mesti bangga. BANGGA. wei,orang tetiap ari bersukan takde lak over bangga cam ko ni. LANTAK AH. haha. k,bai.

Monday 14 January 2013

Thumbs up Miss Bea !

Hello everyone.
Sesak nafas lepas berperang kat facebook. perang LIKE. perang COMMENT. perang CHAT. dan tak ketinggalan, perang POOP ! POOP ! POOP !! semua sekarang berak merata-rata. sungguh tak senonoh.

Hari ini lepas dah satu paper. and one another LAST PAPER. caps lock harus on. lepas tu, PULAU SALAK saya datang !
nantikan entri dari Rain mengenai pulau salak nanti ya. *wink !

Pergi exam with this hair braid! fully touched by miss budak kecik Bea !

Sama tak? Kim Bun !


 So, Miss kecik you have done a good job. Mmmmuahhh !

Sunday 13 January 2013

Sentimental.

Hello korang.
Akhir ini hujan makin menjadi. Petang ini asalnya nak jogging. Dah berabis kredit pegi text kengkawan. Siap ada statement 'kalo cuaca mengizinkan'. -.-
Bah, entry kali ini Rain nak share dengan kamu semua satu personaliti Rain yang tak boleh blahhh punya. Sentimental. Sentimental bukan lagu sentimental lentok lentok ye bai. Sentimental disini sebab Rain suka sangat simpan barang yang ada kenangan dalam diri Rain. Ok. sini Rain sertakan contoh yang telah disenarai pendek. PENDEK. pendek sangat. 0.000005/ 99999999999. Nah,pendek itu.

Benda ini kita tiup semasa pertandingan cheers untuk sukan air di UNIMAS. Diciptakan oleh Encik Syadad!

Nampak tak yang Rain pegang tu. Kenangan benda itu. Berapa banyak air liur terlekat masa tiup benda tu. Haa. (-.-'')

Riben colour purple. Sebab kolej Taz temanya purple. My favourite colour tu.

Nampak tak budak-budak comel tu. Hah, riben tu kami pakai semasa pertandingan senamtari untuk event Sik Mok Rasuah. Kolej TAZ JUARA tu. ^_^

Resit. ingat tau. Ini senarai pendek je. Semua resit Rain masih simpan. Yang dah tak nampak perkataan pun masih ada. Terutama resit ini. Siap ada signature lagi tu.

Sebelum makan di Restaurant tu tadi sebenarnya kami baru balik dari rumah En.Idris. One of our lecture. Dia buat rumah terbuka. Singgah tak sampai 30 minute pun. lepas tu buat plan sendiri pegi jejalan. Kau hade jalan one group pakai baju melayu and baju kurung? 

Konon-kononnya pengantin laa tek. Hahaha. KONON je yaa. 

Nah, sebelum melahap. Cik Maizatung, Cik Jessicakkk and Cik hujan rintik-rintik. haha.

Hadiah dari kengkawan semasa birthday Rain hari tu. Rain tak pakai pun hadiah yang Diana bagi. sayanglaa. Kad Emma bagi pun Rain baca dua kali je rasa nya. Tak nak salu baca nanti rosak. Ngaaaaa.

Sekarang Rain rasa macam nak lempang diri sendiri disebabkan SENTIMENTAL sangat ini. Habis semester satu Rain kena packing semua barang. SEMUA BARANG. Jadi tengah stress sebab semua barang rasa nak bawa balik. Ingat yang atas tadi tu cuma disenarai pendekkan. 










Monday 7 January 2013

2013 already?

Hello korang. korang. dan korang. 

Rain terlewat satu minggu update pasal new year kan. Haha. satu minggu je tu. Kalau baju yang baru beli masih bau cina lagi nih. haha. Bah, pejam celik kelip kelip biji mata tak terasa setahun dah berlalu. Tahun 2012 laa tahun paling bermakna dalam hidup Rain. Banyak sangat perubahannya.
Tapi, hidup ini ada manis ada pahitnya. Macam Rain sendiri, tak dinafikan melalui pahit manis kehidupan. Jadi, tahun 2013 ni belajarlaa dari tahun 2012.  Jangan terus lupakan 2012. 
-Orang yang melupakan sejarah akan mengulanginya semula-

Pada 24 January 2012 lahirnya budak ini. Menjadikan kami ada 5 orang adik beradik. Gabriel Berinaw. Kakak sayang Gabby sangat.

30 August 2012. Tepon ini menjadi hak milik Rain. Thanks Papa. I love you.

1 September 2012 Rain bergelar pelajar Universiti. Syukuran. Impian Rain telah terlaksana.



 Satu lagi impian secara tak sengaja tercapai. Rain nak kembali aktif dalam kebudayaan seperti waktu Rain berusia 13 tahun dulu.

Bobo & Love.



Bobo adalah patung kakak Rain sebenarnya. Tapi Rain tolong bela last2 jadi peneman setia Rain.
Love adalah bantal hadiah dari Papa masa birthday Rain ke-12. Sekarang dah berusia 8 tahun. Peneman tidur Rain. Thanks Bobo. Thanks Love.