Pages

Saturday 23 March 2013

Do your own facial !

Salam berkasih sayang semuanya. ^_____^

Cik Fatin Liyana cakap kena update blog dalam keadaan yang gembira,bahagia. Elakkan update blog dalam keadaan moody. Tapi kalau tengah bahagia/gembira sangat macam aku ni pun tak boleh u all. kejap taip, pastu sengih sorang-sorang. Taip balik pastu sengih balik. Ini lah namanya mereng ya ualls. haha.

What Im gonna to share here is about facial that i've been make it just now. Muka pun masih glowing-glowing lagi. Haha.

1. Wap kan muka anda dulu.

 You just need a hot water. Simpan ke dalam bekas yang sederhana besar. Jangan terlalu kecil ya.

Halakan muka ke arah bekas air panas. Then, cover up with towel.

 Ala-ala sauna gitew la. I buat dalam 10 minit. Lepas tu muka akan jadi macam ini. nampak berminyak.

 2. Blackhead/Whitehead remover.

 Hapuskan blackhead/whitehead dan juga kotoran di muka. Gunakan mask.
Im using sheisedo black mask.

3. Peeling.
 I guna Magic Bubble Creamy Peeling Wash, Etude House. Ia berbentuk creamy la. 

 Pakai dalam 2-3 minit.

After that, rub it. Akan jadi mcam ini. Benda putih yg tertanggal tu actually akan bertindak utk scrub muka.

4. Mask

Im using Tonymoly Tomatox Magic White Massage. Alahai, semua magic-magic. HAHA.

 5. Lip scrub.
 Just using sugar and vaseline. Mix it up.


Then, just rub it on your lip. 




Okey. Im done. ^______^



Wednesday 20 March 2013

Demi cinta...

Salam berkasih sayang semuanya. ^__^

Agak lama tak update blog. Jenguk pun tak. Saja nak berjauhan untuk meningkatkan cinta antara kami. Cewaah. Ko pehal rain -__-''

Hahaha. Jiwang pun tak leh. hmmm, nak cerita kat korang yang kite tengah jatuh cinta nihhhh.

Kihkihkihkihkih.

Okey. sebelum entry ni jadi tak senonoh, ni Rain cuma nak cerita tentang CINTA.


                Demi cinta kat UNIMAS, Rain borong button badge ni. Woohooo. beli 4 = rm10.00

Kawaiii   ^____^


 Weeeeeee... Ini satu lagi kesukaan. Sheisedo black mask dah sampai..!  >___< 


Rain order 10 pcs mask dapat free 1 Tomatox Mask. Suke..suke..suke!! 
Ahad ni nak pakai. Nanti Rain buat review okey. 

Okey all, obviously entry ni bukan soal cinta atau soal Rain jatuh cinta. KIHKIHKIHKIH. Nak buat cam mana, jodoh belum ada. haha. 

Chalobete.


Tuesday 12 March 2013

'Perabis duit kitew jew'

Salam berkasih sayang semuanya.

Sekali lagi sebelum cerita menjadi basi tompok-tompok kulat, I nak update about our yesterday outing. Wohoo !! Actually, outing tu tak tepat sangat. Lebih kepada shopping atau nama saintifik dia 'perabis duit kitew jeww' . Haa, gitew ye. Asalnya planning nak keluar Ahad tapi semua keta sewa penuh. Jadi tukar hari Isnin. Sebab Isnin kitaorg memang takda kelas langsung. Mihmihmihmih.

Lepas habis bersiap-siap, sempat lagi selca. Nampak tak betapa daku gumbira bila dapat keluar. 
Senyuman lebar bukan main lagi.

Agenda pertama ( cehh, agenda la sangat ) kami semalam adalah JPN. Kawan-kawan nak renew IC dorang. Ingatkan isnin tak ramai orang. Tengok-tengok penuh tempat duduk. Dekat sejam duduk tunggu giliran.

Ni nak candid diaorang tengah khusyuk bual apa ntah. Tapi Diana memang aware kalo bab-bab camera/handphone menuju ke arah dia. Haha. Walaupun kadang-kadang tu bukan nak ambek gambar, dia tetap juga pose. Hahaha. Begitu la kalo alergic camera.


Dua orang kakak cantik ni pun tak kurang juga tahap alergic camera. Tengok. Rain cakap 'korang, ambek gambar !!' Semua automatic tengok camera dan buat muka paling cun-meletop bombombombastic. Haha.

Ent ni sempat lagi tidur. Sejam tunggu. Ni lagi sorang alergic camera. Cuba kalo dia tak tidur, memang muka dia lah dalam setiap gambar.

Gambar tuan belog pun seharusnya ada. ^_^

Lepas habis settle kat JPN, kitaorang merayau jap kat Indian Street. Adalah dekat sejam. Pompuan kan. N bukan main lagi desak suruh cepat. muahahaha. kesian ko N. Lepas Indian Street pegi kat Plaza Merdeka. Last last perut dah bagi amaran dah. Lapar.. Then, pegi kat Kampung Boyan seberang Waterfront. Pegi naik perahu. ^__^

 Rain order mee kolok special. Sedaappp. Memang licin satu mangkuk. Kawan lain order mee Laksa Sarawak. Yang tu pun sedap gak. Aduii, lapar lak tengok gambar. Gulp *telan liur.

Mee kolok special - RM5.00
White lady - RM2.80.

Minum white lady dengan harapan jadi white lady. muahahahahaha. 

On the way nak balik cari kereta, jumpa lak dengan schoolmates secondary school, Sam and Augus. Augus nampak tembam dah. Sam masih maintance. Suka laa sorang tu dah final year. Aku ni first year pon belum lepas lagi.

Pastu pegi The Spring, pegi MPH Bookstore and Etude House. Rain beli Magic Bubble Creamy Peeling Wash ngan Drawing Show Creamy Liner. Ada masa nanti Rain review kat blog ye. 
Sempat juga beli barang dapur. Dah macam mak-mak pula siap bawa list barang and troli. Muahahahaha. 

Dekat 2 jam berpeleseran kat The Spring, pastu pegi lagi ke Boulevard. Rain sempat beli sandal. 

Kesimpulannya, dalam setengah hari memang agenda 'perabiskan duit kitew jew' memang berjalan dengan lancar. 

Thats all nak diceritakan. Chalobete. 

Wednesday 6 March 2013

Nak ending macam cite Cindarella bole tak?

Salam berkasih sayang semuanya.

Its been a looong time I tak update blog kan. Dulu, first time ada blog memang sakai plus jakun sangat. Tetiap hari kalo boleh update blog. Ntah apa nak dicerita. Beza dengan sekarang once a week pun haram update. mihmihmih.

Nak ikutkan tahap lama tak ber-update tu memang berkilo-kilo la kisah nak story kat pembaca. Tapi kalo nak buat dalam satu entry agaknya korang termuntah-muntah la baca. Oh no. Nak cerita sal sesi menebus BR1M, nak cite sal my first hair treatment, sal boyfriend I Si Syed Shamim lagi. HAHA. banyak lagi lah. For this week, I cuba tak online sangat. Kalo online pun, buka morpheus UNIMAS je. Sebab kalo boleh I nak elakkan baca sal tragedi hitam di LD & Semporna. I ni kalo tengah dalam zone risau memang dah tak leh buat benda lain. Asyik benda tu je berlegar-legar di fikiran. Jadi bagi menyelamatkan diri daripada penyakit murung akibat risau tahap maksima I tend to not online but lately I disobey to my superego and Id menguasai diri especially dalam 2 hari ini. Tapi, syukur sangat sekarang lebih terkawal. Good job perwira-perwira negara. 

See. Kalo bab merapu sila calonkan saya okey

Actually, apa yang nak I ceritakan apa yang berlaku hari ini since my friend kata 'Nanti ko cite kat blog ko Rain'. Oh yeah

Ok. Cerita dia begini. Tadi merupakan kelas pertama bagi subjek Ko-ku. I ambek kelas Pelancongan dan Homestay. Sebenarnya baru semalam I add group tersebut sebab sebelum ni kelas tu full. Entah apa miracle happen yesterday class tu ada kosong. I terus add sebab majority my friend ambik kelas tersebut.

Ada part dalam kelas tu yang I sukeeee.

i) My roomate took the same class. Woohooo. Since we are different faculty and course so probability untuk berada dalam kelas sama sangat tipis. How miracle is it bila tau-tau dia pun dalam kelas yang sama. Err..rasanya miracle sesuai ke mengambarkan keadaan ini? "-.-

ii) Fasilitator untuk kelas tersebut juga sangat baik. Beliau merupakan presiden ( kalo tak silap ) bagi homestay sarawak. Orang sarawak dan mala jak klakar sawarak. Faham sik sidak miak Malaya apa di padah nya. HAHA.

iii) Banyak cowok hensem. HAHAHA. 

iv) Melancong. Woohooo!!

Around 15 minutes before we dismiss, fasilitator suruh kami buat satu jawatankuasa untuk kelas tersebut. 

And what the F thing happen is Mr. Amin a.k.a rabbit / J.E.L.E.K calonkan saya untuk jawatan timbalan pengerusi. Gila kau Amin!! Dari tadika sampai saya berada di universiti sekarang ni, tak pernah lagi pikul tanggungjawab cenggitu. Sebab I seorang yang kurang berkomitmen. 

And guess what thing yang lebih SADIS happen??

I kena bertanding dengan sorang budak laki untuk jawatan tu. Undian dibuat. LUCKILY I kalah. Woohoooo.

I ingatkan akan bebas. Perasaan dah macam baru lepas dari penjara dah. Tau-tau diaorang suggestkan kat fasilitator yang kalah tu jadi S/U. Ini dah over dah. SETIAUSAHA tu. Betapa susah dan banyak keja S/U tu. D*mn. Tapi apakan daya saya sebagai seorang wanita yang lemah lembut hanya mampu menurut perintah. 

Sekarang tengah pikir what should I do. Sigh. Betul-betul tak nak bah.....


MUAHAHAHAHAHA. Hukuman untuk kau Amin. 

So, middle of this week sudah cam vangang jak. Hopelly I manage to end this week with sweet ending macam cite Cindarella. Boleh sik??

Chalobete.


Saturday 2 March 2013

Doaku untuk Sabah.

Salam berkasih sayang semuanya..

Rasanya ramai yang sudah tahu mengenai tragedi hitam yang sedang berlaku di Lahad Datu,Sabah. Sebak. Bila pertama kali aku dengar tentang peperangan itu, aku jadi risau, takut, tidak percaya dan tergamam. Ketika ini pun, ketika entry ini ditaip aku cuba untuk bertenang.

Ini bukan kali pertama aku dengar tentang peperangan. Bukan kali pertama aku menyaksikan kematian saudara-saudara kita di kaca TV. Berat mata memandang berat lagi bahu dipikul. Tapi yang aku dengar dan lihat nun jauh berjuta juta kilometer dari tempat aku bernafas. Tapi yang sedang berlaku sekarang disini. Di bumi Malaysia. Di negeri jiran. Di tanah kelahiran kawan-kawan aku.

Doaku agar peperangan ini berakhir. Doaku agar Malaysia kembali aman. Doaku agar rakyat Malaysia bersama-sama mendoakan keselamatan dan keamanan Sabah dan Malaysia. Aku bukan dilahirkan di Sabah dan tidak pernah menjejakkan kaki di Sabah. Tetapi, aku sayangkan Sabah, begitu juga dengan Semenanjung aku sayang seperti mana aku sayangkan Sarawak.

Satu lagi perkara yang membuatkan aku bersedih dan terkilan, mengapa tragedi hitam ini harus dikaitkan dengan politik?? Ya, aku memang buta politik. Aku memang kurang tahu mengenai politik. Tapi, pendapat aku mengapa harus dipolitikkan peperangan ini?? Mengapa kita semua mencari sudut negatif perkara ini berlaku?? Mengapa tidak kita semua mencari jalan penyelesaian nya?? Mengapa harus mencari kesalahan pembangkang dan juga kerajaan???? Tidak serik kah kita bila apa-apa yang berlaku lalu dikaitkan dengan POLITIK.POLITIK.POLITIK.

Aku tahu kita semua termasuk saya mempunyai hak untuk bersuara. Bersuara lah kalian.

Aku mendapat kesedaran bila salah seorang pensyarah aku mengatakan ambil iktibar daripada apa yang berlaku di Sabah tu. Itu laa akan terjadi bila kita tidak berdamai.

Berdamai lah kita semua rakyat Malaysia. Jadikan apa yang terjadi ini sebagai pengajaran. Demi generasi kita yang akan datang.

Akhir sekali, Takziah aku ucapkan kepada keluarga perwira yang terkorban dalam mempertahankan negara kita. Terima kasih wahai perwira. Semoga kalian aman di sana.

Maaf kalau terkasar bahasa.