Pages

Monday 28 December 2015

Officially a madam and Mom to be.

Hi semua.

Sangat lama dah tak update blog. seperti biasa. Post lepas pun berbulan-bulan jarak dari sekarang. And during this bulan2, too many changes happen to my life. Me myself still struggling to adapt with this new status.

phew. apakah itu.

I already got married. Officially a madam right now. Hehe. Tak sangka I menghabiskn zaman budak hingusan dalam usia belom cecah 23years old. Haha. Everything happen in a blink of eye. Banyak juga halangan dalam uruskn hal kawin ni. org cuma tengok macam best je kawin. tp behind all of this is totally horrible. Me and my husband pening kepala pikir uruskn sijil kawin at first. Disebabkan dua pihak blainan negeri, urusan jadi leceh. I terpaksa ulang alik dari KK ke Bintangor untuk urusan JPN. Dahla, I kat kuching tapi urusan perlu settle at Bintangor since ikut alamat di IC. Leceh bebenor tau.

But, finally semua urusan tu dah settle.

And another changes happen to my life is we expecting our first baby. 😍😍😍😍

Yang ni pun langsung tak rancang. Namun rezeki Tuhan bagi. Sekejap ja I merasa hidup berdua dgn husband, and in another month from this month, I will become a mom. Yuhuu.

And I feel so happy as I will lahirkan zuriat dari lelaki yang I sayangi.

Pray for our happiness readers. Doakan I selamat melahirkan this little angel.


Ohyaa, ramai yang tanya mana gambar kawin. Sedih I bila ada yg tanya. Actually kami rancang adakan majlis kecil during this Christmas tapi memandangkan perut tengah membolat we postpone majlis. Maybe during Gawai next year. Maybe and hopefully.

Ok, thats a little update from me.
Thank readers.

Wednesday 10 June 2015

My frist day trip to Sabah.

Hello everyone.

Dalam entry lepas, aku ada hebohkan nak pegi Sabah kan. Actually, this trip plan secara last minute. Even after aku landed sana pun, masih macam rasa ragu-ragu. Yelah, aku mana pernah keluar dari Sarawak. Mesti korang kesian kat aku kan. Aku pun rasa kesian kat diri sendiri. Bintulu-Bintangor-Kuching je tempat aku. Actually, last month aku mengidam giler nak makan seafood. Tak tau kenapa. Jadi, aku cerita-cerita dengan roomate aku, budak sabah. Dia cakap kat Sabah seafood murah. Kalau dia balik Sabah, muak dah dia ngadap seafood. Then, aku cerita lagi dengan boyfriend aku, Frendi. Cerita punya cerita, Frendi suruh aku datang Sabah. Siap tak bagi aku peluang tolak tawaran. Aku mula-mula jual mahal. Padahal kemain suka hati aku. wakakkaa. Boyfriend, jangan marah. Kihkihkihkih. 

So, aku pegi sana 28 May. Pergi semalam ja. Kan nak makan seafood je kan. Aku ikut first flight dari Kuching. Jam 6 pagi. Pukul 4 lebih aku dah sampai airport sebab takut jalan jammed. 

Muka tak cukup tidur. Sempat tidur 2 jam jaa.

As u can see, masih gelap lagi waktu bertolak dari kuching. Cantik view kuching waktu tu. And nak jadikan cerita, aku menangis tau dalam flight. telinga sakit sangat sebab tekanan tinggi kot. Maybe sebab seat aku betul bahagian sayap. Nasib baik waktu tu nak landing dah. Nasib baik juga tak orang duduk sebelah. Bagi malu je nangis. haha. Weh, mesti korang ingat aku sakai giler tak pernah naik flight. Janganlaa tambah malu aku. Flight Kuching-Bintulu aku pernah ok. Tapi telinga tak laa sakit. 

Sampai Sabah dalam jam 7 lebih pagi. Asalnya, plan terus pegi Ranau, tapi sebab Frendi masa tu masih penat sebab malam sebelumnya dia baru balik dari KL. So, postpone ke esok nya. Sampai ja, kami pegi makan dulu. Lepas tu baru pegi cari hotel. Next time aku update pasal hotel aku haritu. Sebab ramai kawan tanya pasal hotel tempat aku tu. Yes, memang cantik dan berbaloi.

Sini aku update Day 1. Sebab banyak gambar, nanti entry ni jadi berat. Lagipun, adalah modal aku update blog kan. Hehehehe. 

1. Suria Sabah.

Disebabkan hotel haritu jam 11 pagi baru dapat masuk, so Frendi ajak pergi Suria Sabah tengok wayang. Kitaorang tengak San Andreas. Best betul movie tu. Kuang ajar betul mainkan perasaan. Kejap panik, kejap sedih, kejap happy.

Movie pun start jam 11, so kami tunggu-tunggu dan haruslaa selfie. Muka nampak flawless jangan percaya sangat. Ni pakai Oppo N3 si Frendi. Kalah pengguna Qu Puteh. hahaha.



Frendi ajak minum Lo Han Kou. Aku pun first time tau air ni. Ke aku je yang tak tau ni. Frendi cakap air buang panas. Ingatkan air misai kucing, tapi lain. Rasa ada macam sama.




Food court ni menghadap laut. Cantik sangat. Laut sana kan cantik-cantik. Biru jaa. 

                           
Dalam cinema. Takda orang sangat masa tu. sebab awal lagi kot. 

2. Seafood at Waterfront

Malam tu Frendi bawa pergi makan seafood. Yayy! Tak sabar betul aku nak makan masa tu. 


Tengok, happy kan aku. Hahaha. Belakang tu laa tempat makan seafood. Dorang prepare seafood yang masih fresh then kita cakap ja nak berapa kilo dan nak masak macamana. Aku rasa macam nak buat ja begini di Bintulu. Masalahnya, Bintulu mana da seafood fresh begini dan mahal. Aku pun bukan ada skill sangat masak. Untuk perut sendiri tu bolehlaa. Wakakaka.


Ohmai Ohmai Ohmaiiiii. Lapar balik tengok! Kami order baby kailan, sotong, udang and ketam masatu. Kalau tak salah ingat, semua ni cost dia rm70 lebih. Tak abis pun makan berdua. Tapau bawa balik.




Saja aku letak extra large gambar seafood ni. Wakakaka. Nasib laa kalau korang baca time puasa. Jahat nya aku.

3. Perdana Park.

Perdana Park ni roomate aku recommend kan. Actually tempat ni tempat jogging Frendi cakap. Waktu malam ada air pancut berirama. Tapi sempat pergi kejap laa. Dalam dua music dah abis. Tempat ni tutup dalam pukul 9.30 malam kalau tak silap. Entrance fee aku lupa ada ke tak. Seingat aku ada bayar untuk parking.




        




Aku sikit-sikit share di moment wechat. Kemain sorang kawan tu curious music keluar dari mana. Ada speaker di kawasan taman tu. Aku rasa soalan dia tu unik betul. Kihkihkih.


Ni jaa perjalanan first day. Perut pun dah kenyang dan membuatkan mata mengantuk masa tu. Balik hotel, tidurrrr.

Nanti aku update second day which is pergi Ranau. 


Bye. Nak balik bilik buat sup seaweed. hahaha.

Monday 25 May 2015

Short update.

Hi semua,

Punya laa malaih update blog. Tapi bila baca blog orang lain, kemain menyesal tak update blog. Kalau aku rajin update blog, adakah aku se-glamour Fatin Liyana? Adakah aku akan dianugerahkan Tokoh Srikandi Negara yang seterusnya. Anak-anak, angan-angan tu tak salah. Salahnya bila angan tu lagi hebat dari angan-angan mat jenin. Mat Jenin lagi power dari angan-angan aku. Muahhahaha.

Sila take note bahawa merapu hobi aku selain makan cekebis dalam kelas. Tido dalam kelas tak main. Aku kan budak baik.

Aku nak share, dalam seminggu ni kan aku demam. First time dalam sepanjang pengajian aku demam weyh. Antibody aku ni boleh dikatakan kuat sikit. Rahsianya, makan cekedis dalam kelas, share-share la dengan kawan sebelah. Supaya kalau ketahuan, secara berjemaah, malu pun berjemaah. Eh, macam tak kena je.

Dulu, even abis adik-beradik aku menjangkiti masing-masing sehingga semua demam, tapi aku tak. Aku relax ja main luar rumah while dorang melepak di tilam sebab demam. Huaahaha. Masa tu aku bangga gila weyh.  Tapi bila dah demam, ambik kau. Bukan setakat lepak di katil, gerak sikit pun tak dapat.

Pastu, aritu aku semangat sikit pegi klinik UNIMAS. Free je pun. Lagipun sebab ni first time aku sakit sepanjang pengajian, so first jugak la pegi klinik UNIMAS. Sakai tau nokks. Si Fatin asyik gelakkan aku ja. Jahat kan.

Then, dorang bagi ubat, kemain banyak. Aku ni dengan ubat very not ngam. Demam-demam mana pun aku tahan tau, ubat is not cool. Demam pun tak cool tauu. Aku anti dengan bau klinik and bau hospital ni. Seram aku. Hahahah. Tapi Fatin Liyana cool jee.

Tapi disebabkan dua hari lagi aku nak pegi Sabah, so aku gagahkan diri telan ubat-ubatan, first time in my life tau korang, ubat aku makan secara baik. Yela, takkan aku pegi Sabah in bad condition kot. Nantinya aku bemalam di hospital Sabah pula. Eh, sound nice jugak. Makan free, tidur free. Muahahahha.

K, la. aku pegi kelas dulu.

Nah, belanja satu gambar gedabak punya besar, Takpe, blog aku jugak kan. Muahahahha. 

Sunday 29 March 2015

Dimana mencari kehidupan.

Seriously, lama gila tak update blog. Sampai I rasa macam I dont have any blog. Padahal dulu selalu je meroyan dalam blog.

Ehh, lupa bagi salam. Hi guys!

Hidup sekarang makin tambah semester makin busy. Makin rasa takda life!
Padehal tak pula 24 jam menghadap assignment. Haha. Menghabiskan masa termenung ingat assignment yang berlambak adalah! Buatnya tak. 

But, started from last month, I jumpa dah life. Haha.

Dulu, stress je pegi tengok insta..

Dulu, stress je pegi tengok runninngman..

Dulu, stress je pegi makan..


Sekarang, stress je..


COC!

Ehh, ni COC mana pulak giant korek idong? Haha.

Dulu, boyfriend salu ja menduakan I dengan COC. So, haritu tukar handphone terus install COC.

Nah kau, ketagih terus. haha.

Welcome to my village. I start build my village 5th March. :-D




So, sejak dah ada COC ni, everyday my conversation with my boyfriend must include COC! Ni laa kalau dedua punya minat yang sama. 


                                       







 

Haha. Ni part mengada semalam. Actually, my boyfriend leader clan kami. Then, I dimasukkan sekali dalam war. Tp tak perform well. I ni jenis yang fikir sangat 'apa kata orang'. So, bila tak perform well, terus stress fikir apa kata clan member yang lain. Drama sangat kan. haha.

Lagi satu, bila kawan lain nampak I tengah sungguh-sungguh main kan. Terus dorang buat muka terkejut.

Ehh, Rain pun main COC?

Wahh, Rain main COC...

Rain main COC laa..tengok, nak tengok!



Muka I muka yang main Hello Kitty Town ja eh?