Pages

Thursday, 8 May 2014

Permai Rainforest Resort, Kuching





Hi everyone. Bila jarang update blog, rasa janggal pula dah. Rasa macam ada janggut kat dagu. Hehe.
Dan yang pastinya bila lama tak berupdate, mesti confuse sangat sebab banyak benda nak cerita tapi tak tahu mana satu nak update dulu.
 
And for sure, buat student-student, akhir semester macam ni lah membuatkan 24 jam sehari tu tak cukup. Due date assignment semua dah dekat-dekat. Lagi aktiviti sana-sini yang memerlukan high commitment. Pengsan.
 
So, untuk entri kali ni kan, saya decided untuk kongsi dengan korang pasal Permai Rainforest Resort!
 
Last semester, our lecture which we call Bapak ajak kami bermanja-manja untuk hilangkan stress. Masa tu saya main ikut ja, sebab actually program ni tak wajib. Kalau ikutkan, saya ni memang jenis terperap kat bilik tapi tak tahu kenapa tergerak hati nak join. Chewahh.
 
 
Bayaran yang dikenakan.
 Kami ke sini bukan main pantai semata-mata. Tapi kami akan buat jungle trekking di sekitar kaki Bukit Santubong. First time in my life jungle trekking nih! Saya biasa juga masuk hutan, tapi bukan jungle trekking. So, ecxited tahap maksima.

 Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan kumpulan saya adalah group first yang masuk. Laluan yang kami guna adalah sepanjang 2000m. Lebih kurang dalam 3 jam lebih juga kami habiskan pendakian tu.
 
 
Okay, setiap 100m akan ada tanda begini supaya kita tahu ketinggian keberapa kita dah capai.
 
 
 
 



 
Selain daripada tu, ada juga benda lain yang kami jadikan simbolik kalau ada yang bertanya kedudukan kami dimana. Contohnya, tengah dekat pokok besar, tengah dekat batu besar.
 
Okay, kira-kira satu jam kami berada dalam hutan tu, tiba-tiba hujan lebat turun. Memang adventure masa tu, dengan jalan-jalan licin hujan pulak lebat. Sejuk pun ada. Tapi kami teruskan juga pendakian perlahan-lahan.
 
Dekat pertengahan pendakian 2000m ni, ada air terjun. Weheeee. Bila semua kumpulan sudah berkumpul di tempat sebelum air terjun, hujan pun berhenti.
 
Air terjun. Cantik kan. Masa ni hp tak dapat capture banyak gambar sebab baru lepas hujan kan. Jadi hp blur.

Lepas satu jam mandi manda tu, kami bertolak balik dengan pakaian basah lagi.




Tadaa..sampai! We are the first group arrived here. Pastu on walkie-talkie tu, semua jerit 'kami dah sampai kat 2000m!' ramai-ramai. hehe.
 

My group.

 
 
Ni sebenarnya restoren. Suka tengok sebab ala-ala dalam hutan then decorations dia semua kayu-kayu. Kerusi n meja semua dari bentuk kayu-kayu. Arghh, tak pandai explain. hehe


Ni chalet dia kan sana. Cantik kan. Rasa macam nanti nak honeymoon kat sini. Haha. Sebab tepi dia tu adalah pantai. boleh terjun dari tingkap terus ni.




Habis jungle trekking baru la boleh mandi pantai! Actually, saya taknak mandi sebab tak nak balik nanti basah-basah. Pakaian spare saya dalam bag pun dah basah sebab hujan.



 
Masa ni, dorang main tarik-tarik kawan nak tolak pegi pantai tu yang tergolek sana sini tu. Hehe.
Saya sendiri pun terkena masa tu tapi bukan kes main tarik-tarik ni la. Masa tu kawan saya si N dan Aiman pura-pura nak ambik gambar dengan saya kat tepi pantai tu. Lepas tu pegi tolak saya masuk air. Cis. Sakit pulak hati kita. Then, saya yang first nya tak nak mandi ni, jadi macam orang sakai tak pernah main pantai. Haha. 


Some of panorama kat pantai ni. Cantik kan. Terus rasa macam nak ajak bf pegi sini ni. hehe.
 
 
That's all for now.
See u in my other update.
Chalobete. ^____^
 
 
 
 

No comments: