Buku-buku atas meja tak kemas. Kertas bertaburan atas meja juga. 'Takpa, nanti mesti mak kemas'.
Pagi, alarm bunyi. Tutup alarm, tidur balik.
Then, mak bangunkan tepuk-tepuk bontot anak dia ni. 'Ni, bangun. Lewat dah tu. Kenapa bangun lambat ni. Nanti bas sekolah datang. Cepat bangun'. Dah, mak bebel lagi.
'Ish mak ni, bangunkan orang tak yah pegang-pegang bontot'. Bangun pastu mandi.
'Mak, baju sekolah saya mana??' Adik jerit-jerit. Mak cari. Rupanya masih dalam washing machine lagi. Adik lupa sidai semalam. Mak ambik then iron kan biar cepat kering dan hilang kedut.
'Mak, milo saya mana mak?'
'Buat la sendiri' mak jawab. 'Yelah.'
'Mak, buatkan saya air coffee bawa pegi sekolah'. Adik pula menyampuk.
Mak buatkan adik coffee. Tak adil mak ni.
'Duit, mak'
'minta kat ayah' mak jawab.
'Mak la cakap kat ayah'
Mak pegi minta kat ayah pastu bagi kat kitaorang.
Bas datang. Tapi hujan kat luar. Mak ambil payung, then payungkan kami berdua sampai masuk dalam bas.
Bas bergerak. Mak masuk dalam rumah balik.
Sepanjang hari kat sekolah. Penat. Tak sabar nak balik rumah untuk rehat.
Sampai rumah, buka kasut, buka baju sekolah, letak beg. Masuk bilik, ambik handphone. Then baring-baring.
Mak masih sibuk lagi pegi sidai baju kat luar.
Mak panggil dari luar.
'Pegi mandi, pastu makan,baru la pegi tido'
'Malass la maa..'
Sejam kemudian baru bangun pegi makan.
Habis makan, letak pinggan dalam sinki. Nanti la cuci.
Buka TV. 'Mak, Marimar dah start!'
Mak datang duduk tengok sekali.
Mak kalau tengok TV mesti marah-marah orang dalam TV tu.
'Macam la dorang dengar apa mak cakap'
Pastu mak sengih.
Habis cerita, Mak suruh angkat jemuran.
15 minit kemudian baru pegi ambil pakaian.
Lepas tu lipat sambil berangan.
'Cepat la sikit lipat pakaian tu. Ni tolong mak masak'
'Yelaa'
Adik yang paling kecik bangun. Menangis nangis.
Mak datang, pujuk adik.
'Cepat simpan pakaian tu, tolong jaga adik'.
'Mak ni, tadi suruh itu, sekarang suruh ini'
Cepat-cepat siapkan lipat dan simpan baju. Ambik adik bawa pegi luar.
Mak masak dan siapkan makan malam.
Masa makan, gelas lupa ambik. Mak angkat pegi ambik.
Nasi habis, mak angkat pegi tambah lagi.
Habis makan, mak suruh cuci pinggan.
Saya pegi cuci.
Mak pegi mandi.
Siap cuci, pegi buat keja sekolah.
Habis mak mandi, mak tengok dapur tak dibersihkan. Mak membebel lagi.
Tapi mak pegi juga kemaskan.
Habis buat keja sekolah, tidur. Meja berselerak nanti mak kemas.
Begitulah setiap hari. Sekarang dah masuk Universiti, semua kena berdikari. Takda mak bangunkan. Takda mak bebel lagi. Baju 2-3 hari sekali cuci. Hidup busy.
Ada problem, mak jauh nak baring atas riba mak.
Rindu Mak.
Happy Mother's Day Indai..
Sayau ke nuan selalu.
No comments:
Post a Comment