Pages

Sunday, 22 June 2014

Heart, be strong.

Hai semua.

Dua minggu dah struggle for final exam.
Tinggal dua paper lagi. Satu esok satu Rabu. 
Nak termuntoh ngadap semua nota nih.

Exam semester ni saya tak berapa betul emosinya. 
Kekasih hati balik awal dan habis dah belajar. (T_T)
Khamis lepas dia balik dan saya masih berjuang lagi disini. Uwarggghhh.
Dia dah habis belajar, peluang nak jumpa nak dating macam selalu memang tak yah harap sangatlaa.
Sabah, Sarawak jauh..hurmmmm.

First, bila saya sedar bahawa kami akan berjauhan, saya memang tak boleh terima. Saya mula fikir macam mana saya nak hadapi hari-hari saya sendiri dan meneruskan perjuangan sendiri di sini nanti. Menangis tau bila fikir. Memang mereng orang tengah bercinta ni.

Lepas tu, kami cuba pertikaikan keadaan. Kenapa kami tak kenal dari dulu lagi. Kenapa baru kenal saat dia dah nak habis belajar dah. Kenapa singkat sangat masa kami bersama-sama? Kenapa perlu kami yang lalui semua ni? Saya sedikit marah dengan keadaan yang perlu kami lalui ni. (T_T)

Hari pertama saya ditinggalkan selepas dia balik tu, saya selalu fikir, alangkah baiknya kalau semua ni hanya mimpi. Bangun-bangun, dia masih lagi di bumi kenyalang ini. Alangkah bagusnya kalau begitu. Saya juga fikir, kan bagus kalau kami ada lagi masa untuk bersama. Sekejap pun boleh. Hurmmmmm. Nak nanges.

Tapi, bila saya tau saya takkan dapat semua tu, bila saya tau kenyataannya kami sudah berjauhan, hati saya rasa pilu. Sedih sangat-sangat. Boleh buatkan saya stress. Dah la paper ada lagi. Pembakar semangat takda kat sini. 

Bila dah lama-lama, adakalanya juga dapat terima keadaan ni. Tak belum lagi sepenuhnya. Cuba rasionalkan diri. Bulan Ogos nanti jumpa balik lah kan. Walaupun mungkin jumpa pun kejap. Lagi satu, rasionalkan diri sebab berapa hari lagi balik. Boleh jumpa pembakar-pembakar semangat yang lain di rumah. Semoga boleh membuatkan diri ni semakin tabah untuk menghadapi rintangan hubungan kami.

So, korang nak tahu, secara tak langsung korang belajar stages of grief yang diperkenalkan oleh Kubler-Ross. 
Stage 1: Denial
Stage 2: Anger
Stage 3: Bargaining
Stage 4: Depression
Stage 5: Acceptance.

Saat ni saya belum pasti lagi berada di stage yang mana. Kejap stage 1 kejap stage 5 dah. Lagi satu, stage ni bukan hanya berlaku kepada individu yang experienced loss/death sahaja. Yang putus cinta pun juga dan yang macam kes aku ni juga. 

Garis jari sama jodoh kuat.

K bye. 

#Buat kekasih hati, do u experience the same thing? Be strong k baby. 


2 comments:

Ying Bing Bing said...

Stay strong, do not be alone. You know what depression gonna do once it got you. Depression gonna drain all your energy and steal your life, like how it did to me. Avoid it before it's too late. Good luck:)

Unknown said...

Thanks Ying. I will overcome it. Thnks for encourage me..I really appreciate it..