Pages

Monday, 25 May 2015

Short update.

Hi semua,

Punya laa malaih update blog. Tapi bila baca blog orang lain, kemain menyesal tak update blog. Kalau aku rajin update blog, adakah aku se-glamour Fatin Liyana? Adakah aku akan dianugerahkan Tokoh Srikandi Negara yang seterusnya. Anak-anak, angan-angan tu tak salah. Salahnya bila angan tu lagi hebat dari angan-angan mat jenin. Mat Jenin lagi power dari angan-angan aku. Muahhahaha.

Sila take note bahawa merapu hobi aku selain makan cekebis dalam kelas. Tido dalam kelas tak main. Aku kan budak baik.

Aku nak share, dalam seminggu ni kan aku demam. First time dalam sepanjang pengajian aku demam weyh. Antibody aku ni boleh dikatakan kuat sikit. Rahsianya, makan cekedis dalam kelas, share-share la dengan kawan sebelah. Supaya kalau ketahuan, secara berjemaah, malu pun berjemaah. Eh, macam tak kena je.

Dulu, even abis adik-beradik aku menjangkiti masing-masing sehingga semua demam, tapi aku tak. Aku relax ja main luar rumah while dorang melepak di tilam sebab demam. Huaahaha. Masa tu aku bangga gila weyh.  Tapi bila dah demam, ambik kau. Bukan setakat lepak di katil, gerak sikit pun tak dapat.

Pastu, aritu aku semangat sikit pegi klinik UNIMAS. Free je pun. Lagipun sebab ni first time aku sakit sepanjang pengajian, so first jugak la pegi klinik UNIMAS. Sakai tau nokks. Si Fatin asyik gelakkan aku ja. Jahat kan.

Then, dorang bagi ubat, kemain banyak. Aku ni dengan ubat very not ngam. Demam-demam mana pun aku tahan tau, ubat is not cool. Demam pun tak cool tauu. Aku anti dengan bau klinik and bau hospital ni. Seram aku. Hahahah. Tapi Fatin Liyana cool jee.

Tapi disebabkan dua hari lagi aku nak pegi Sabah, so aku gagahkan diri telan ubat-ubatan, first time in my life tau korang, ubat aku makan secara baik. Yela, takkan aku pegi Sabah in bad condition kot. Nantinya aku bemalam di hospital Sabah pula. Eh, sound nice jugak. Makan free, tidur free. Muahahahha.

K, la. aku pegi kelas dulu.

Nah, belanja satu gambar gedabak punya besar, Takpe, blog aku jugak kan. Muahahahha. 

No comments: