Salam berkasih sayang semuanya.
Sekali lagi sebelum cerita menjadi basi tompok-tompok kulat,
I nak
update about our yesterday outing. Wohoo !!
Actually,
outing tu tak tepat sangat. Lebih kepada
shopping atau nama saintifik dia 'perabis duit kitew jeww' . Haa, gitew ye. Asalnya
planning nak keluar Ahad tapi semua keta sewa penuh. Jadi tukar hari Isnin. Sebab Isnin kitaorg memang takda kelas langsung. Mihmihmihmih.
Lepas habis bersiap-siap, sempat lagi selca. Nampak tak betapa daku gumbira bila dapat keluar.
Senyuman lebar bukan main lagi.
Agenda pertama ( cehh, agenda la sangat ) kami semalam adalah JPN. Kawan-kawan nak renew IC dorang. Ingatkan isnin tak ramai orang. Tengok-tengok penuh tempat duduk. Dekat sejam duduk tunggu giliran.
Ni nak candid diaorang tengah khusyuk bual apa ntah. Tapi Diana memang aware kalo bab-bab camera/handphone menuju ke arah dia. Haha. Walaupun kadang-kadang tu bukan nak ambek gambar, dia tetap juga pose. Hahaha. Begitu la kalo alergic camera.
Dua orang kakak cantik ni pun tak kurang juga tahap alergic camera. Tengok. Rain cakap 'korang, ambek gambar !!' Semua automatic tengok camera dan buat muka paling cun-meletop bombombombastic. Haha.
Ent ni sempat lagi tidur. Sejam tunggu. Ni lagi sorang alergic camera. Cuba kalo dia tak tidur, memang muka dia lah dalam setiap gambar.
Gambar tuan belog pun seharusnya ada. ^_^
Lepas habis settle kat JPN, kitaorang merayau jap kat Indian Street. Adalah dekat sejam. Pompuan kan. N bukan main lagi desak suruh cepat. muahahaha. kesian ko N. Lepas Indian Street pegi kat Plaza Merdeka. Last last perut dah bagi amaran dah. Lapar.. Then, pegi kat Kampung Boyan seberang Waterfront. Pegi naik perahu. ^__^
Rain order mee kolok special. Sedaappp. Memang licin satu mangkuk. Kawan lain order mee Laksa Sarawak. Yang tu pun sedap gak. Aduii, lapar lak tengok gambar. Gulp *telan liur.
Mee kolok special - RM5.00
White lady - RM2.80.
Minum white lady dengan harapan jadi white lady. muahahahahaha.
On the way nak balik cari kereta, jumpa lak dengan schoolmates secondary school, Sam and Augus. Augus nampak tembam dah. Sam masih maintance. Suka laa sorang tu dah final year. Aku ni first year pon belum lepas lagi.
Pastu pegi The Spring, pegi MPH Bookstore and Etude House. Rain beli Magic Bubble Creamy Peeling Wash ngan Drawing Show Creamy Liner. Ada masa nanti Rain review kat blog ye.
Sempat juga beli barang dapur. Dah macam mak-mak pula siap bawa list barang and troli. Muahahahaha.
Dekat 2 jam berpeleseran kat The Spring, pastu pegi lagi ke Boulevard. Rain sempat beli sandal.
Kesimpulannya, dalam setengah hari memang agenda 'perabiskan duit kitew jew' memang berjalan dengan lancar.
Thats all nak diceritakan. Chalobete.