Pages

Sunday, 22 June 2014

Heart, be strong.

Hai semua.

Dua minggu dah struggle for final exam.
Tinggal dua paper lagi. Satu esok satu Rabu. 
Nak termuntoh ngadap semua nota nih.

Exam semester ni saya tak berapa betul emosinya. 
Kekasih hati balik awal dan habis dah belajar. (T_T)
Khamis lepas dia balik dan saya masih berjuang lagi disini. Uwarggghhh.
Dia dah habis belajar, peluang nak jumpa nak dating macam selalu memang tak yah harap sangatlaa.
Sabah, Sarawak jauh..hurmmmm.

First, bila saya sedar bahawa kami akan berjauhan, saya memang tak boleh terima. Saya mula fikir macam mana saya nak hadapi hari-hari saya sendiri dan meneruskan perjuangan sendiri di sini nanti. Menangis tau bila fikir. Memang mereng orang tengah bercinta ni.

Lepas tu, kami cuba pertikaikan keadaan. Kenapa kami tak kenal dari dulu lagi. Kenapa baru kenal saat dia dah nak habis belajar dah. Kenapa singkat sangat masa kami bersama-sama? Kenapa perlu kami yang lalui semua ni? Saya sedikit marah dengan keadaan yang perlu kami lalui ni. (T_T)

Hari pertama saya ditinggalkan selepas dia balik tu, saya selalu fikir, alangkah baiknya kalau semua ni hanya mimpi. Bangun-bangun, dia masih lagi di bumi kenyalang ini. Alangkah bagusnya kalau begitu. Saya juga fikir, kan bagus kalau kami ada lagi masa untuk bersama. Sekejap pun boleh. Hurmmmmm. Nak nanges.

Tapi, bila saya tau saya takkan dapat semua tu, bila saya tau kenyataannya kami sudah berjauhan, hati saya rasa pilu. Sedih sangat-sangat. Boleh buatkan saya stress. Dah la paper ada lagi. Pembakar semangat takda kat sini. 

Bila dah lama-lama, adakalanya juga dapat terima keadaan ni. Tak belum lagi sepenuhnya. Cuba rasionalkan diri. Bulan Ogos nanti jumpa balik lah kan. Walaupun mungkin jumpa pun kejap. Lagi satu, rasionalkan diri sebab berapa hari lagi balik. Boleh jumpa pembakar-pembakar semangat yang lain di rumah. Semoga boleh membuatkan diri ni semakin tabah untuk menghadapi rintangan hubungan kami.

So, korang nak tahu, secara tak langsung korang belajar stages of grief yang diperkenalkan oleh Kubler-Ross. 
Stage 1: Denial
Stage 2: Anger
Stage 3: Bargaining
Stage 4: Depression
Stage 5: Acceptance.

Saat ni saya belum pasti lagi berada di stage yang mana. Kejap stage 1 kejap stage 5 dah. Lagi satu, stage ni bukan hanya berlaku kepada individu yang experienced loss/death sahaja. Yang putus cinta pun juga dan yang macam kes aku ni juga. 

Garis jari sama jodoh kuat.

K bye. 

#Buat kekasih hati, do u experience the same thing? Be strong k baby. 


Thursday, 12 June 2014

Yang sebenarnya. 8 month of love.

Baca slide, menguap.
Baca lagi, taking note. menguap.

Buka runningman, habis satu episod. Sekali pun tak menguap.

Nampak tak permainannya di situ?

Esok exam dah akak oi. Takdanya esok keluar soalan 'episod akan datang runningman show di Malaysia', betul atau salah?

Takda.

Jadi, buka slide then baca lagi.

Argghhhh. Bosan giler!

Buka blog, update.

Ni bukan version rehat bersama Kit Kat. Ni versi rehat menghapdet blog sambil minum Hot chocolate. Heaven tau.

So, dalam entry lepas saya ada kongsi tentang my 8 month of love kan? Actually we are wrongly count the month. muahehehehehe.

This month our relationship baru ja 8 bulan. Bukan bulan lepas. Tapi tu la, bila Frendi cakap Happy 8 month, I pun ye ye kan jak. Kan tarikh pun kekadang saya terlupa. -__-''

So actually Frendi mistaken the date. Actual date was 9 Oct. But he thought 10 Sept. Thats why bulan lepas tu jadi our 8 month. Kira okay la tu sebab dia ingat every month tarikh tersebut. Tak pernah lupa. Haip. Kalah saya ni. Siapa gegurl sebenarnya ni. Haha.

Jadi, kalau korang pernah terserempak dengan statement orang pompuan yang pro bab tarikh ni. Sila reject kesahsihan fakta tu. Sebab lelaki pun tak kurang hebatnya.

Atau ada cakap lelaki semuanya sama. Reject juga. Sebab ni ha ada lelaki yang tak sama. Dia ingat tarikh-tarikh special. Bukan pompuan sahaja.

Setiap kali tarikh tersebut Frendi try to make that day special. Oh, jatuh cinta lagi.

Macam hari tu kami jumpa. He bought secret recipe cake. Sebab katanya, kena ada kek. Dia beli dua. Satu tu ada kacang sikit and cheese sikit. Apa ntah nama dia, I tak tahu.

Satu saya bawa balik. Lagi sedap. Chocolate dengan kacang apa ntah. pun I  tak tahu. -___-"

Tapi sangat sedap. Masalahnya, I sempat makan separuh sebelum semut makan. D*mn semut!

Btw, here I wanna say, thanks for your love again, Frendi. Thanks sebab buat saya rasa disayangi, dicintai dan dihargai. Auuwww.



Btw, maaf kalau buat kalian rasa loya tetiba. Bukan selalu saya berjiwang. muahahahah.

k, bye. Sambung study.