Selalu kita dengar dalam perhubungan kena ada 3K. Kepercayaan, Kesetiaan dan Kejujuran. Aku tak la pro gila bab-bab hubungan. Sering juga gagal dalam perhubungan. Perhubungan dalam maksud aku ni general. Boleh jadi persahabatan, percintaan atau kekeluargaan.
Dulu kalau orang cakap kat aku pasal 3K ni, aku tak ambik port sangat. Benda tu sepintas lalu ja kat telinga. Macam bukan benda penting sangat. Dalam hubungan dulu, aku just follow the flow. Apa nak jadi, jadi lah. Sebab aku ni jenis ego sikit. Sikit ja. Walau kadang-kadang diri sediri punya perangai menyakitkan diri sendiri.
Bercakap pasal 3K ni. Bagi aku KEJUJURAN la paling penting. Kalau kau tak jujur, macam mana nak timbulkan kepercayaan? Bila dah tak percaya, macam mana nak setia??
Sangat sakit dalam perhubungan yang sentiasa kita curigai kejujurannya. Setiap apa yang dilakukan, pasti tak kena sahaja depan mata kita. Aku dah experienced benda ni. Aku ni disebabkan ego nak mampus, bila aku rasa ada benda tak kena, aku takkan tanya. Lantak la kau nak buat apa, nak tipu aku. Tapi lama-kelamaan bila semua benda dah terkumpul. Dan tiba masanya meletus, dahsyat sangat. Dahsyat sampai aku sendiri sakit. Sakit gila babeng.
So, korang semua yang membaca ni aku nak cakap la. Tolongla belajar untuk jujur. Jangan nak pentingkan perasaan jiwa raga kau sendiri. Jangan mencuba untuk menipu. Sekali kau tipu, orang mungkin sukar untuk tahu, Kalau dia tahu pun, mungkin okay lagi. dia boleh maafkan. Tetapi kalau sudah 150 juta kau tipu dia, kau ingat semudah tu dia nak percaya kau lagi??
Satu lagi, kalau kau betul sayangkan dia, kau takkan selindungkan kebenaran. Kau takkan tipu dengan alasan untuk menjaga perasaan kononnya. KALAU SAYANG TAKKAN KAU TIPU.
Dan kalau dah tau tidak sayang kat orang tu. BE HONEST. Cakap kat dia. At least hati dia robek koyak terbakar berkecai sekali sahaja. Tidak berkali-kali.
Bye.